Perhimpunan Kakitangan Bil.2/2019 dan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Kampus Kuala Lumpur UKM Diadakan Di Kampus Jalan Raja Muda UKM, Kuala Lumpur.

Oleh : Hafizah Mohamad Isa
Foto : Rosli Nasir

Kuala Lumpur, 8 April 2019 – Majlis Perhimpunan Kampus Kuala Lumpur UKM (KKL) bilangan 2 / 2019 dan acara Ikrar Bebas Rasuah peringkat Kampus Kuala Lumpur telah diadakan di Dewan Kuliah 1 UKM Kampus Kuala Lumpur Jalan Raja Muda Abd. Aziz pada hari ini. Turut hadir pada majlis kali ini adalah Dato’ Shamshun Baharin Mohd. Jamil, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta para pegawainya serta Tuan Haji Abd. Razak Hussin, Pengarah Eksekutif Pentadbiran UKM dan Encik Rajan Munusamy, Wakil Ketua Unit Integriti UKM.

Majlis perhimpunan pada kali ini dijalankan dengan dua acara tambahan iaitu acara Ikrar Bebas Rasuah yang mana didahului dengan tayangan montaj yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diikuti dengan lafaz ikrar warga Kampus Kuala Lumpur yang diketuai oleh Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal diikuti dengan acara menandatangani dan penyerahan Dokumen Ikrar Bebas Rasuah.

Acara menandatangani Dokumen Ikrar Bebas Rasuah adalah antara Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal mewakili Kampus Kuala Lumpur dan Dato’ Shamshun Baharin Mohd. Jamil mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan sebaik sahaja selesai acara menandatangan dokumen, Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal kemudiannya menyerahkan dokumen berkenaan kepada Dato’ Shamshun Baharin Mohd. Jamil.

Acara tambahan kedua adalah Pelancaran Buku Holistic Approach In The Management for Cleft Lip and Palate yang pertama diterbitkan di Malaysia oleh Penerbit UKM. Buku ini telah diterbitkan pada Disember 2018 dan merupakan bahan rujukan dalam menguruskan pesakit sumbing bibir dan lelangit (Cleft Lip and Palate) oleh golongan profesional.

Penghasilan buku rujukan ini adalah gandingan para pakar dari perlbagai disiplin yang menggabungkan beberapa fakulti iaitu Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Sains Kesihatan dan Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) yang juga merupakan ahli-ahli pengurusan pakar profesional HCTM dan CLAPAM (Cleft Lip and Palate Association of Malaysia).

Prof. Dr. Goh Bee See, Pakar Perunding Kanan Ortorinolaringologi dan Pasukan Klef Bibir dan Lelangit serta Pemangku Pengarah i-HEARS telah menyampaikan buku tersebut kepada tetamu jemputan dan ahli–ahli pengurusan tertinggi Kampus Kuala Lumpur UKM.

Pengurusan kanan KKL yang hadir termasuklah Dekan-dekan Fakulti Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Pergigian dan Dekan Fakulti Farmasi, Pengarah HCTM, Pengarah UMBI serta Timbalan-timbalan Dekan, Timbalan-timbalan Pengarah dan Ketua-ketua Jabatan.