Sambutan Ramadhan 1440h Di Kampus Kuala Lumpur UKM Dipenuhi Dengan Program Kemasyarakatan dan Amal
Oleh : Hafizah Mohamad Isa
Foto : Hafizah Mohamad Isa
KUALA LUMPUR, 6 Mei 2019 – Kampus Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur UKM (JRM) telah dipilih sebagai lokasi Pelancaran Program Bulan Ramadhan 1440h telah disempurnakan oleh Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM pada petang ini. Program ini adalah anjuran Pusat Jaringan, Komunikasi Korporat dan Teknopolis Kesihatan, Kampus Kuala Lumpur UKM.
Sebanyak 1,000 bungkusan sumbangan berbuka puasa iaitu kurma dan air minuman telah diedarkan kepada kakitangan dan para pelajar UKM. Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur UKM, turut mengambil peluang ini untuk bersama – sama mengedarkan sumbangan tersebut serta bertemu muka dengan kakitangan dan pelajar – pelajar di JRM.
Menurut Prof. Dr. Sabarul Afian Mokhtar, Timbalan Pengarah, Pusat Jaringan, Komunikasi Korporat dan Teknopolis Kesihatan KKL UKM beberapa program sepanjang bulan ramadhan ini telah dirancang dan ini adalah inisiatif KKL UKM untuk merapatkan silaturahim di kalangan kakitangan dan para pelajar sambil beramal.
Turut bersama ke program tersebut Prof. Madya Dr. Tuti Ningseh Mat Dom, Dekan Fakulti Pergigian, Encik Mohd Zulkefelee Mohd. Zain, Timbalan Pengarah Pembangunan dan beberapa pegawai kanan serta kakitangan Kampus JRM.