Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023
Pada 21 September 2023, Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak (HPKK) UKM dengan kerjasama Jabatan Psikiatri, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah menjalankan program Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 yang melibatkan 300 peserta dari murid-murid sekolah yang berdekatan dengan lokasi program. Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr Hamidah Alias, Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-kanak (HPKK) UKM. Penceramah yang dijemput adalah Dr. Ruziana Masiran, Dr Rahima Dahlan, Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja dari Hospital Abdul Aziz Shah (UPM). Selain itu, penceramah yang dijemput bagi sesi forum adalah Prof. Madya Dr. Wan Salwina Wan Ismail, Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja HCTM, Puan Anita Abu Bakar Pengasas dan Pengerusi Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA) dan Cik Nalissa Suria Asri, Pengasas Social and Emotional Learning for All (SEL4A), Arus Academy.