OBJEKTIF
- Untuk menjadi pusat rujukan cemerlang dalam Perawatan Psikiatri di negara dan rantau ini.
- Untuk menjadi salah satu pusat penyelidikan yang tersohor dikalangan hospital pengajar yang lain dalam bidang kesihatan dan perubatan.
- Untuk memberikan perkhidmatan rawatan, pendidikan dan promosi kesihatan kepada penduduk di kawasan sekitar Cheras, Ampang dan Hulu Langat hingga ke Semenyih dan Bangi.
- Untuk memyediakan kemudahan-kemudahan latihan yang komprehensif dan bersepadu kepada pelajar-pelajar prasiswazah dan pascasiswazah.
- Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan perubatan dan kesihatan yang moden, canggih dan terkini untuk perawatan peringkat primer, sekunder dan tertiar.
- Untuk menyediakan latihan yang komprehensif dan bersepadu kepada kakitangan bagi memantapkan keupayaan dan kemahiran dalam menjalankan tugas.
PENYATAAN & OBJEKTIF KUALITI
- Memberikan perkhidmatan perawatan yang berkualiti, beretika , selamat dan meyakinkan kepada pesakit.
- Memastikan pesakit menerima khidmat perundingan daripada doktor dalam tempoh yang ditetapkan selepas pendaftaran dibuat.
- Memastikan ubat-ubatan yang di dispenkan kepada pesakit merupakan ubat-ubatan yang tepat berasaskan kepada preskripsi yang dibuat oleh doktor.
PIAGAM PELANGGAN
“Membantu, Merawat Anda Ke Arah Kesihatan Minda”