Kunjungan Hormat Ahli Persatuan Setiausaha UUM (Setia)
Pihak Persatuan Setiausaha UKM (PSUKM) telah menerima kunjungan hormat daripada 40 orang ahli Persatuan Setiausaha UUM (SETIA) pada 26 April 2018 jam 10.30 pagi bertempat di Bilik Senat UKM.
Sehubungan itu, ahli-ahli PSUKM juga turut dijemput untuk meraikan kedatangan pihak SETIA ke UKM. Antara intipati kunjungan tersebut, adalah perkongsian pengalaman, pandangan dan cadangan berhubung :
- penambahbaikan pengurusan dan perancangan Persatuan masing-masing;
- perkembangan terkini penjawatan Setiausaha di dalam sektor awam terutamanya lantikan Badan Berkanun;
- mengadakan kerjasama secara bersama.
Sehubugan itu, dapat disimpulkan bahawa kunjungan tersebut secara langsung telah mengeratkan hubungan silaratulrahim antara PSUKM- SETIA.
Pihak PSUKM mengucapan ucapan terima kasih di atas kesudian pihak SETIA untuk berkunjung ke UKM. Semoga hubungan ini dapat terjalin dengan lebih erat pada masa-masa mendatang.