Persatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Operasi

 PTPO UKM

Sejarah Penubuhan

Persatuan Pembantu Tadbir dan Pembantu Operasi (PTPO) tertubuh hasil pertemuan dan perbincangan di antara Encik Muhammad Yazid bin Othman, Puan Noor Darlina Kasumawati Mohd Yusof dan En. Abdul Rahman Mohd Nordin, Presiden KESUKMA pada 29 September 2017.

Pada ketika itu tiada sebarang platform untuk menyuarakan masalah dan wadah untuk memperjuangkan nasib PTPO di peringkat UKM dan kebangsaan. Hasil pertemuan dan perbincangan tersebut serta sokongan rakan-rakan lain, Alhamdulillah PTPO akhirnya dapat ditubuhkan.

Walaupun tiada yuran keahlian dikenakan pada waktu itu, sokongan AJK penaja dan AJK sesi pertama pemilihan serta semua ahli PTPO, Alhamdulillah Persatuan ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Pada ketika itu juga, semua ahli-ahli PTPO khususnya AJK penaja sanggup bersusah payah mengeluarkan wang saku sendiri bagi menggerakkan aktiviti Persatuan. Walaupun terdapat suara-suara yang tidak sedap didengar namun dengan sokongan semua Persatuan PTPO dapat bertahan sehingga kini.