Waktu operasi perpustakaan (Semester)
Isnin – Jumaat: 8.00 Pagi – 6.00 Petang | Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup
Sumber Maklumat
Pelanggan boleh mengakses pangkalan data e-jurnal, e-buku, e-prosiding, e-tesis dan sebagainya dari dalam dan luar kampus. Login menggunakan ID & Katalaluan SMPWEB / EWARGA
Hebahan@PDAL
Perpustakaan Dr. Abdul Latiff
Perpustakaan Dr. Abdul Latiff UKM (PDAL) telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk memberi perkhidmatan bagi menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Fakulti Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (1991) dan Fakulti Pergigian (1996). Perpustakaan ini dikenali dengan nama Perpustakaan Perubatan sejak ia mula ditubuhkan dan mulai 25 November 2005, perpustakaan ini secara rasminya telah bertukar nama kepada Perpustakaan Dr. Abdul Latiff. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membina koleksi bahan-bahan serta memberi perkhidmatan maklumat dalam bidang Perubatan, Sains Kesihatan dan Pergigian bersesuaian dengan tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UKM Kampus Kuala Lumpur. Bangunan 3 tingkat PDAL dengan keluasan 3716 meter persegi menyediakan kira-kira 400 tempat membaca.
Sumber Maklumat
Katalog Awam atas Talian atau Gemilang mengandungi kira-kira 600 Ribu juta judul bahan Perpustakaan dalam pelbagai format. Pelanggan boleh memperbaharui tempoh pinjaman bahan, menempah serta menyemak akaun Perpustakaan.
Sebelum ini dikenali sebagai Portal e-Jurnal. Pelanggan boleh mengakses pangkalan data e-jurnal,e-buku,e-prosiding,e-tesis dan sebagainya dari dalam dan luar kampus. Mengandungi pangkalan data Web of Science, Journal Citation Report, Scopus, EBSCOHost, Proquest,Karger dan banyak lagi.
Solusi pencarian bahan secara menyeluruh yang mengintegrasikan sumber perpustakaan dalam satu carian untuk memudahkan proses penyelidikan.
Terdiri dari bahan perpustakaan dalam format digital seperti tesis
Koleksi
Koleksi Am
Koleksi akses terbuka ini terdiri daripada buku-buku teks dalam bidang Perubatan, Sains Kesihatan dan Pergigian di samping buku-buku dalam bidang perkara umum seperti agama, teknologi maklumat dan sebagainya. Bahan-bahan dalam koleksi ini boleh dipinjam oleh ahli Perpustakaan berdasarkan kelayakan kategori masing-masing.
Koleksi Rujukan
Koleksi ini mempunyai awalan ‘Ruj’ pada nombor panggilan buku dan ditempatkan di aras 3, Perpustakaan Dr. Abdul Latiff. Ia mengandungi bahan-bahan rujukan seperti kamus, istilah, ensiklopedia, buku tahunan, almanak, sumber data, buku peta, dan sebagainya. Bahan-bahan ini TIDAK boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan dalam perpustakaan sahaja.
Koleksi Tanda Merah
Koleksi ini ditempatkan di bahagian kaunter pinjaman, aras 2, Perpustakaan Dr. Abdul Latiff. Koleksi ini mengandungi bahan-bahan yang disyorkan oleh pensyarah untuk menjadi bacaan dan rujukan utama pelajar. Bahan-bahan dari koleksi ini boleh dipinjam selama dua (2) jam sahaja atau bermalam. Kakitangan akademik pula dibenarkan meminjam bahan tersebut selama seminggu.
Koleksi Ilmiah & Tesis
Koleksi ini mempunyai awalan ‘Tesis’ bagi bahan Tesis dan ‘Ilmiah’ bagi bahan Latihan Ilmiah pada nombor panggilan buku dan ditempatkan di aras 2, di belakang kaunter Perpustakaan Dr. Abdul Latiff. Bahan-bahan ini TIDAK boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan di perpustakaan sahaja.
Koleksi Bacaan Ringan
Koleksi ini ditempatkan di aras 2 Perpustakaan Dr. Abdul Latiff di mana ianya mengandungi bahan-bahan bacaan ringan, umum dan popular yang sesuai dibaca oleh semua golongan atau peringkat umur. Bahan-bahan ini boleh dibaca di ruang bacaan sudut ini sahaja dan dibenarkan untuk dipinjam seperti buku-buku di Koleksi Am.
Koleksi Jurnal
Koleksi ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu jurnal kebelakangan dan jurnal kini. Jurnal kebelakangan dan jurnal kini di tempatkan di aras 1 Perpustakaan. Koleksi jurnal popular pula diletakkan di ruang Koleksi Bacaan Ringan di aras 2 Perpustakaan. Bahan-bahan ini TIDAK boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan di dalam Perpustakaan sahaja.
Koleksi Arkib & Khas
Koleksi ini terdiri daripada bahan-bahan dokumen yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia dan agensi-agensi di bawahnya, kerajaan tempatan, badan berkanun dan bahan terbitan luar negara. Koleksi ini juga menempatkan bahan-bahan mengenai sejarah dan perkembangan UKM termasuk karya-karya ahli akademik dan pelajar seperti seminar, laporan tahunan dan risalah. Koleksi Khas, Arkib dan Dokumen TIDAK boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan di dalam Perpustakaan sahaja.
Koleksi e-Buku
Koleksi ini terdiri daripada bahan-bahan e-Buku yang telah dilanggan oleh pihak Perpustakaan.
Perkhidmatan
Pelanggan juga boleh memperbaharui pinjaman mereka melalui Internet dengan menggunakanGEMILANG dengan syarat bahan berkenaan belum lewat, bahan tidak ditempah oleh pelanggan lain dan tidak mempunyai denda yang belum berbayar. Pembaharuan hanya boleh dilakukan 3 kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh pulang buku yang berkaitan.
PELAJAR DAN KAKITANGAN UKM
Bil | Kategori | Kemudahan Pinjaman / Had Pinjaman/ Masa | |
Koleksi Am | Koleksi Tanda Merah (TM) | ||
1. | Pelajar Prasiswazah | 7 buah/ 14 hari | 1 buah/ 3 hari |
2. | Pelajar Pascasiswazah | 20 buah/ 40 hari | 1 buah/ 7 hari |
3. | Ahli Akademik (termasuk Ahli Akademik Kontrak) | 25 buah/ 60 hari | 1 buah/ 14 hari |
4. | Ahli Akademik/ Tutor/ Felo (Sambilan/ Pelawat) | 10 buah/ 30 hari | 1 buah/ 14 hari |
5. | Pegawai Universiti | 25 buah/ 60 hari | 1 buah/ 14 hari |
6. | Kakitangan Sokongan | 5 buah/ 14 hari | 1 buah/ 14 hari |
7. | Keahlian Kehormat – sumbangan RM6,000.00 (staf UKM) atau sumbangan RM10,000.00 (pihak luar) atau sumbangan 500 naskhah buku | 25 buah/ 60 hari | 1 buah/ 14 hari |
8. | Permata Pintar | 3 buah/ 14 hari | 1 buah/ 3 hari |
9. | Asasi Pintar | 5 buah/14 hari | 1 buah/ 3 hari |
AHLI LUAR PERPUSTAKAAN UKM
Bil | Kategori | Kemudahan Pinjaman / Had Pinjaman/ Masa | |
Koleksi Am | Koleksi Tanda Merah (TM) | ||
1. | Ahli Akademik/ Pelajar IPT Awam | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
2. | Ahli Akademik/ Pelajar IPT Swasta | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
3. | Pelajar Luar Negara | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
4. | Kakitangan Kerajaan | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
5. | Ahli Korporat Institusi (10 orang) | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
6. | Orang Perseorangan | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
7. | Pesara UKM | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
8. | ALUMNI UKM | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
9. | Ahli Keluarga Kakitangan UKM | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
DENDA LEWAT MEMULANGKAN BUKU
Kadar denda bagi sebuah buku adalah seperti berikut:
- Koleksi Am 30 sebuah buku sehari
- Koleksi Tanda Merah 00 sebuah buku sehari
Denda yang dikira tidak termasuk hari cuti (perpustakaan ditutup)
DENDA MENGHILANGKAN BUKU
Denda akan dikenakan seperti berikut:
- Menggantikan buku yang sama atau edisi terbaharu berserta wang proses RM100.00 ATAU mengganti buku yang sama subjek dan wang proses RM100.00 ATAU membayar harga buku berkenaan (harga semasa) dan wang proses RM100.00.
- Denda lewat pemulangan buku (jika ada).
Keahlian Pelajar dan Kakitangan UKM
Bil | Kategori | Yuran Tahunan (RM) – SEPENUH MASA | |
RUJUKAN | PINJAMAN | ||
1 | Pelajar Prasiswazah (Warganegara) | PERCUMA | 50.00 |
2 | Pelajar Prasiswazah (Bukan Warganegara) | PERCUMA | 70.00 |
3 | Pelajar Pascasiswazah (Sarjana & PhD) (Warganegara) termasuk dari Pusat Kembangan Pendidikan | PERCUMA | 150.00 75.00 (SEPARUH MASA) |
4 | Pelajar Pascasiswah (Sarjana & Phd) (Bukan Warganegara) termasuk dari Pusat Kembangan Pendidikan | PERCUMA | 200.00 100.00 (SEPARUH MASA) |
5 | Ahli Akademik (termasuk Ahli Akademik Kontrak) | PERCUMA | 50.00 – 70.00 |
6 | Ahli Akademik/ Tutor/ Felo* (Sambilan/ Pelawat) | PERCUMA | 75.00 – 200.00 |
7 | Pegawai Universiti | PERCUMA | PERCUMA |
8 | Kakitangan Sokongan | PERCUMA | PERCUMA |
9 | Permata Pintar | PERCUMA | PERCUMA |
10 | Asasi Pintar | PERCUMA | 100.00 |
* Mesti sertakan surat pengesahan/ lantikan Universiti/ Jabatan
Keahlian Luar Perpustakaan
Bil. | Kategori | Yuran Tahunan (RM) | Kelayakan Keahlian Berbayar | ||
Rujukan | Pinjaman | Kemudahan | |||
1. | Ahli Akademik/ Pelajar IPT Awam/ Swasta* (Ahli PERPUN) |
| |||
Keahlian Rujukan | Percuma | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | RM100.00 | √ | √ | √ | |
2. | Ahli Akademik/ Pelajar IPT/ Swasta * (bukan Ahli PERPUN) | ||||
Keahlian Rujukan | RM100.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | RM200.00 | √ | √ | √ | |
3. | Pelajar Luar Negara* | ||||
Keahlian Rujukan | RM200.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | RM400.00 | √ | √ | √ | |
4. | Kakitangan Kerajaan* |
| |||
Keahlian Rujukan | Percuma | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | RM100.00 | √ | √ | √ | |
5. | Ahli Korporat Institusi (10 orang) | ||||
Keahlian Rujukan | RM2,000.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | RM4,000.00 | √ | √ | √ | |
6. | Pesara UKM |
| |||
Keahlian Rujukan & Pinjaman | Percuma | √ | √ | X | |
7. | Keahlian Kehormat – Sumbangan RM6,000.00 (staf UKM) atau sumbangan RM10,000.00 (pihak luar) atau sumbangan 500 naskah buku |
| |||
Keahlian Rujukan & Pinjaman | Percuma | √ | √ | √ | |
8. | Alumni UKM |
| |||
Keahlian Rujukan | Percuma | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | RM100.00 | √ | √ | √ | |
9. | Orang Perseorangan | ||||
Keahlian Rujukan | RM200.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | RM400.00 | √ | √ | √ | |
10. | Ahli Keluarga Kakitangan UKM |
| |||
Keahlian Rujukan | Percuma | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | RM10.00 | √ | √ | √ | |
11. | Ahli Harian |
| |||
Keahlian Rujukan | RM20.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | Tiada | Tiada | Tiada | Tiada | |
12. | Pelajar Sekolah Menengah |
| |||
Keahlian Rujukan | Membawa surat kebenaran daripada pihak sekolah | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | Tiada | Tiada | Tiada | Tiada |
*Sila bawa kad matrik/surat pengesahan/pengenalan diri daripada perpustakaan/jabatan/institusi masing-masing.
Pelanggan boleh menempah bahan melalui Internet dengan syarat bahan berkenaan sedang dipinjam oleh pelanggan lain. Perkhidmatan ini boleh didapati dengan melayari katalog awam dalam talian(GEMILANG) di alamat http://gemilang.ukm.my. Pembatalan terhadap tempahan juga boleh dibuat melalui GEMILANG. Selepas buku dipulangkan oleh peminjam, penempah bahan diberi 7 hari untuk mengambil buku tersebut di Kaunter Pinjaman dan Pemulangan di Aras 2.
- Perkhidmatan ini diberikan kepada kakitangan akademik/ ikhtisas/ pentadbiran, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah tahun akhir.
Melalui perkhidmatan ini, pemohon boleh meminjam bahan asal atau memperoleh bahan salinan yang tidak terdapat di perpustakaan.
Permohonan dibuat melalui sistem iQuest yang dapat diakses melalui laman web perpustakaan atau menerusi alamat https://rb.gy/kjhwgs - Permohonan akan dihantar ke institusi dalam atau luar negara.
CAJ PERKHIDMATAN:
- Percuma bagi artikel dan buku dari perpustakaan dalam negara.
- Bagi bahan British Library:
Ahli Akademik:
Item | Caj |
Artikel | · Percuma bagi 5 artikel pertama setiap tahun · RM10.00 bagi setiap artikel berikutnya |
Buku | · RM20.00 bagi setiap buku |
Pascasiswazah dan pelajar prasiswazah tahun akhir:
Item | Caj |
Artikel | · Percuma bagi 3 artikel pertama setiap tahun · RM10.00 bagi setiap artikel berikutnya |
Buku | · RM20.00 bagi setiap buku |
- Bagi bahan lain-lain perpustakaan, caj perkhidmatan akan ditanggung oleh pelanggan seperti yang ditetapkan oleh perpustakaan yang memberi pinjaman.
Kursus Kemahiran Maklumat adalah program perkhidmatan bimbingan dan pendidikan kepada pelanggan perpustakaan. Matlamat utama adalah untuk membina kemahiran mengakses pelbagai bahan dan sumber maklumat secara berkesan serta membimbing pelanggan supaya mampu mengguna bahan dan perkhidmatan Perpustakaan dengan cekap, berkesan dan berdikari. Kursus ini diadakan secara berterusan.
Objektif:
Memberi pendedahan kepada pelanggan Perpustakaan cara menggunakan perkhidmatan, kemudahan dan koleksi Perpustakaan.
Memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang cekap dan berkesan.
Berupaya mengenalpasti dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber bercetak dan elektronik.
Membina keyakinan diri dalam memperolehi ilmu dan maklumat untuk pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
Membina kemahiran untuk membuat ulasan kepustakaan/penyelidikan perpustakaan dalam bidang kajian.
Membina kemahiran untuk membuat sebutan (citation) bagi setiap bahan yang dirujuk.
Membina budaya pendidikan sepanjang hayat.
Pertanyaan dan permohonan, sila hubungi:-
Faiz Syafiq Mohd Ali
E-mel : faizsyafiqali@ukm.edu.my
Tel : 603-9289 7098
Pameran ini meliputi buku-buku terpilih dan terkini yang diterima oleh pihak Perpustakaan. Buku-buku tersebut akan dipamerkan selama 2 minggu di ruang pameran buku baru di aras 2. Buku-buku pameran boleh dipinjam.
Kemudahan
Pelanggan boleh menggunakan Makmal Digital untuk mencapai bahan dari Internet termasuk pangkalan data dalam talian dan e-mel. Pelanggan juga boleh menggunakan Makmal Digital untuk bacaan CD-ROM multimedia dan sebagainya yang diperolehi dari Perpustakaan. Untuk menggunakan Makmal Digital ini, pelanggan perlu mendaftar di meja pendaftaran.
Perpustakaan turut menyediakan kemudahan WiFi kepada pengguna. Kemudahan ini meliputi keseluruhan bangunan perpustakaan dan kawasan sekitarnya. Kemudahan ini disediakan bertujuan untuk menampung jumlah komputer yang terhad disamping memudahkan pengguna perpustakaan melakukan pencarian maklumat dengan menggunakan komputer riba sendiri. Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu di Pusat Teknologi Maklumat. Kemudahan WiFi ini juga disediakan secara percuma dan pengguna boleh menggunakannya tanpa had pada bila-bila masa yang diperlukan.
Terdapat empat bilik perbincangan yang telah dinaik taraf (Bilik Diskusi Kapten Jaffar, Bilik Diskusi Pharmaniaga, Bilik Diskusi Inovasi 1 & Bilik Diskusi Inovasi 2) di aras 2 perpustakaan. Setiap bilik dilengkapi dengan meja, kerusi, papan putih, skrin LCV yang disambungkan ke komputer riba dan memuatkan 3-6 orang dalam satu masa. Pengguna boleh mendapatkan kunci di kaunter perpustakaan.
Terdapat Ruang Santai di aras 2 perpustakaan yang lebih cantik, selesa dan menarik untuk pengguna mebulangkaji dengan yang lebih santai.
Bilik karel disediakan di aras 1 dan 2 perpustakaan. Tiada sebarang bayaran dikenakan dan tiada had tempoh penggunaan bagi menggunakan kemudahan ini.
Perpustakaan menyediakan lokar dengan caj RM5.00 dan RM5.00 sebulan untuk deposit keselamatan. Deposit akan dipulangkan selepas tamat tempoh penggunaan lokar. Pengguna boleh menggunakan lokar ini dengan mendaftar di Pejabat Am Perpustakaan di aras 2 pada waktu pejabat.
Perkhidmatan lokar harian juga disediakan setiap hari dengan caj hanya RM 0.50 untuk SEKALI penggunaan. Perkhidmatan ini adalah perkhidmatan layan diri dan perpustakaan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan barang.
Sekiranya pengguna menghilangkan kunci lokar, bayaran denda akan dikenakan sebanyak RM 50.00.
Perpustakaan juga melanggan beberapa judul akhbar harian untuk bacaan ringan. Akhbar-akhbar tersebut di tempatkan di ruang baca, aras 2 Perpustakaan. Pelanggan hanya dibenarkan membaca akhbar di ruang berkenaan sahaja.
Terdapat dua buah bilik seminar di perpustakaan di aras 3 dimana Bilik Seminar 1 dapat memuatkan seramai 100 orang pengguna dalam satu masa. Bilik Seminar 2 dilengkapi dengan meja dan kerusi dan boleh memuatkan seramai 30 orang pengguna pada masa yang sama.
Bilik Eksekutif ini diilhamkan oleh Mantan Ketua Pustakawan PDAL, Puan Rosnah Yusof. Sebelum ini, bilik ini merupakan bilik kakitangan yang telah diubahsuai menjadi Bilik Eksekutif.
Pustakawan Perpustakaan Dr Abdul Latiff
Cik Mariati Embong
- Ketua Perpustakaan
- Perolehan dan Pangkalan Data
- Tel : 03-9289 7449
- mariati@ukm.edu.my
Cik Adibah Ahmad
- Pengkatalogan & Pengindeksan Bahan
- e-Rep Fakulti Sains Kesihatan
- Tel : 03-9289 7474
- adibah@ukm.edu.my
- Pustakawan Seranta Fakulti Sains Kesihatan
Puan Liyana Jasman
- Perolehan Buku
- e-Rep Fakulti Farmasi & Fakulti Pergigian
- Tel : 03-9289 7494
- liyana.jasman@ppukm.ukm.edu.my
- Pustakawan Seranta Fakulti Pergigian
Encik Faiz Syafiq Mohd Ali
- Perkhidmatan Maklumat & Kemudahan Perpustakaan
- Tel : 03-9289 7098
- faizsyafiqali@ukm.edu.my
- Pustakawan Seranta Fakulti Farmasi