Waktu operasi perpustakaan
Isnin – Jumaat: 8.30 Pagi – 5.00 Petang | Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup
Perpustakaan Praklinikal, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Kuala Lumpur, Hospital Canselor Tuanku Muhriz 56000, Kuala Lumpur 603-91458740 (TEL)
Perpustakaan Pra-Klinikal
Perpustakaan Praklinikal yang berkeluasan 10,000 kaki persegi ini terletak di Aras 3 dan 4 Bangunan Praklinikal, Pusat Perubatan UKM. Perpustakaan ini mula dibuka pada 3 November 2014, namun perkhidmatan peminjaman dan pemulangan hanya bermula pada 11 Februari 2015. Perpustakaan Praklinikal ditubuhkan khusus bagi memberi perkhidmatan maklumat dalam bidang praklinikal seperti Anatomi, Fisiologi, Parasitologi & Entomologi, Biokimia, Farmakologi, dan Mikrobiologi & Immunologi. Perpustakaan Praklinikal bermula dengan belanjawan awal sebanyak RM20,000, koleksi awalnya bermula dengan 805 naskhah bahan bercetak dan 16 naskah bahan media, koleksi ini pada asalnya merupakan sebahagian daripada koleksi milik Perpustakaan PPUKM sebanyak 435 naskah dan Perpustakaan Dr. Abdul Latiff sebanyak 370 naskah, koleksi awal ini mula dipindahkan ke Perpustakaan Praklinikal pada 9 Februari 2015.
Sumber Maklumat
Pelanggan boleh mengakses pangkalan data e-jurnal, e-buku, e-prosiding, e-tesis dan sebagainya dari dalam dan luar kampus. Login menggunakan ID & Katalaluan SMPWEB / EWARGA
LibGuide ini mengandungi panduan maklumat yang dicipta untuk membantu anda mencari dan menggunakan sumber dserta perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan berkaitan dengan bidang perubatan. Klik Disini.
- Rang & Dale’s Pharmacology, 10th Edition
- Clinical Immunology : Principles And Practice, 6th Edition
- Thompson & Thompson Genetics and Genomics in Medicine, 9th Edition
- Islamic Medicine – The Key To A Better Life
- 250 Cases In Clinical Medicine, 6th Edition
- A Practical Guide For Medical Teachers, 6th Edition
- Application Of Biofilms In Applied Microbiology
- Basic Immunology : Functions And Disorders Of The Immune System, 7th Edition
- Bacteria Physiology And Biochemistry
- Brenner And Steven’s Pharmacology, 6th Edition
- Biology Of Mycobacterial Lipids
- Clinical Biochemistry : An Illustrated Colour Text, 7th Edition
- Wheater’s Functional Histology, 7th Edition
- Dorland’s Pocket Medical Dictionary, 30th Edition
- Fuster And Hursts The Heart, 15th Edition
Hebahan@Praklinikal
Pameran Buku Baharu@Perpustakaan Praklinikal
Koleksi
Koleksi Am
Koleksi akses terbuka ini terdiri daripada buku-buku teks dalam bidang Perubatan dan Sains Kesihatan yang merangkumi buku-buku dalam bidang seperti Anatomi, Biokimia, Fisiologi, Mikrobiologi, Farmakologi, Parasitologi & Entomologi dan UMBI. Bahan-bahan dalam koleksi ini boleh dipinjam oleh ahli Perpustakaan berdasarkan kelayakan kategori masing-masing.
Koleksi Tesis
Koleksi ini mempunyai awalan ‘Tesis’ pada nombor panggilan buku dan ditempatkan di aras 4 perpustakaan. Bahan-bahan ini hanya boleh dipinjam oleh ahli akademik sahaja dan hanya untuk rujukan di perpustakaan sahaja bagi pengguna lain.
Koleksi Bacaan Ringan
Koleksi ini ditempatkan di aras 3 Perpustakaan Praklinikal di mana ianya mengandungi bahan-bahan bacaan ringan, umum dan popular yang sesuai dibaca oleh semua golongan atau peringkat umur. Bahan-bahan ini boleh dibaca di ruang bacaan sudut ini sahaja dan dibenarkan untuk dipinjam seperti buku-buku di Koleksi Am.
Koleksi Jurnal
Koleksi jurnal di Perpustakaan Praklinikal terletak di aras 4. Bahan-bahan ini TIDAK boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan di dalam Perpustakaan sahaja.
Perkhidmatan
PELAJAR DAN KAKITANGAN UKM
Bil | Kategori | Kemudahan Pinjaman / Had Pinjaman/ Masa | |
Koleksi Am | Koleksi Tanda Merah (TM) | ||
1. | Pelajar Prasiswazah | 7 buah/ 14 hari | 1 buah/ 3 hari |
2. | Pelajar Pascasiswazah | 20 buah/ 40 hari | 1 buah/ 7 hari |
3. | Ahli Akademik (termasuk Ahli Akademik Kontrak) | 25 buah/ 60 hari | 1 buah/ 14 hari |
4. | Ahli Akademik/ Tutor/ Felo (Sambilan/ Pelawat) | 10 buah/ 30 hari | 1 buah/ 14 hari |
5. | Pegawai Universiti | 25 buah/ 60 hari | 1 buah/ 14 hari |
6. | Kakitangan Sokongan | 5 buah/ 14 hari | 1 buah/ 14 hari |
7. | Keahlian Kehormat – sumbangan RM6,000.00 (staf UKM) atau sumbangan RM10,000.00 (pihak luar) atau sumbangan 500 naskhah buku | 25 buah/ 60 hari | 1 buah/ 14 hari |
8. | Permata Pintar | 3 buah/ 14 hari | 1 buah/ 3 hari |
9. | Asasi Pintar | 5 buah/14 hari | 1 buah/ 3 hari |
AHLI LUAR PERPUSTAKAAN UKM
Bil | Kategori | Kemudahan Pinjaman / Had Pinjaman/ Masa | |
Koleksi Am | Koleksi Tanda Merah (TM) | ||
1. | Ahli Akademik/ Pelajar IPT Awam | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
2. | Ahli Akademik/ Pelajar IPT Swasta | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
3. | Pelajar Luar Negara | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
4. | Kakitangan Kerajaan | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
5. | Ahli Korporat Institusi (10 orang) | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
6. | Orang Perseorangan | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
7. | Pesara UKM | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
8. | ALUMNI UKM | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
9. | Ahli Keluarga Kakitangan UKM | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
DENDA LEWAT MEMULANGKAN BUKU
Kadar denda bagi sebuah buku adalah seperti berikut:
- Koleksi Am 30 sebuah buku sehari
- Koleksi Tanda Merah 00 sebuah buku sehari
Denda yang dikira tidak termasuk hari cuti (perpustakaan ditutup)
DENDA MENGHILANGKAN BUKU
Denda akan dikenakan seperti berikut:
- Menggantikan buku yang sama atau edisi terbaharu berserta wang proses RM100.00 ATAU mengganti buku yang sama subjek dan wang proses RM100.00 ATAU membayar harga buku berkenaan (harga semasa) dan wang proses RM100.00.
- Denda lewat pemulangan buku (jika ada).
Pelanggan boleh memperbaharui pinjaman mereka melalui GEMILANG dengan syarat bahan berkenaan belum tamat tempoh pinjaman, tidak ditempah oleh pelanggan lain dan tidak mempunyai denda yang belum di bayar.
Perkhidmatan ini disediakan untuk kakitangan akademik/ ikhtisas/ pentadbiran/ pelajar pascasiswazah dan prasiswazah tahun akhir bagi mendapatkan bahan/ artikel daripada perpustakaan luar kerana bahan/ artikel berkaitan tidak terdapat di Perpustakaan UKM.
Keahlian Pelajar dan Kakitangan UKM
Bil | Kategori | Yuran Tahunan (RM) – SEPENUH MASA | |
RUJUKAN | PINJAMAN | ||
1 | Pelajar Prasiswazah (Warganegara) | PERCUMA | 50.00 |
2 | Pelajar Prasiswazah (Bukan Warganegara) | PERCUMA | 70.00 |
3 | Pelajar Pascasiswazah (Sarjana & PhD) (Warganegara) termasuk dari Pusat Kembangan Pendidikan | PERCUMA | 150.00 75.00 (SEPARUH MASA) |
4 | Pelajar Pascasiswah (Sarjana & Phd) (Bukan Warganegara) termasuk dari Pusat Kembangan Pendidikan | PERCUMA | 200.00 100.00 (SEPARUH MASA) |
5 | Ahli Akademik (termasuk Ahli Akademik Kontrak) | PERCUMA | 50.00 – 70.00 |
6 | Ahli Akademik/ Tutor/ Felo* (Sambilan/ Pelawat) | PERCUMA | 75.00 – 200.00 |
7 | Pegawai Universiti | PERCUMA | PERCUMA |
8 | Kakitangan Sokongan | PERCUMA | PERCUMA |
9 | Permata Pintar | PERCUMA | PERCUMA |
10 | Asasi Pintar | PERCUMA | 100.00 |
* Mesti sertakan surat pengesahan/ lantikan Universiti/ Jabatan
Keahlian Luar Perpustakaan
Bil. | Kategori | Yuran Tahunan (RM) | Kelayakan Keahlian Berbayar | ||
Rujukan | Pinjaman | Kemudahan | |||
1. | Ahli Akademik/ Pelajar IPT Awam/ Swasta* (Ahli PERPUN) |
| |||
Keahlian Rujukan | Percuma | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | RM100.00 | √ | √ | √ | |
2. | Ahli Akademik/ Pelajar IPT/ Swasta * (bukan Ahli PERPUN) | ||||
Keahlian Rujukan | RM100.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | RM200.00 | √ | √ | √ | |
3. | Pelajar Luar Negara* | ||||
Keahlian Rujukan | RM200.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | RM400.00 | √ | √ | √ | |
4. | Kakitangan Kerajaan* |
| |||
Keahlian Rujukan | Percuma | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | RM100.00 | √ | √ | √ | |
5. | Ahli Korporat Institusi (10 orang) | ||||
Keahlian Rujukan | RM2,000.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | RM4,000.00 | √ | √ | √ | |
6. | Pesara UKM |
| |||
Keahlian Rujukan & Pinjaman | Percuma | √ | √ | X | |
7. | Keahlian Kehormat – Sumbangan RM6,000.00 (staf UKM) atau sumbangan RM10,000.00 (pihak luar) atau sumbangan 500 naskah buku |
| |||
Keahlian Rujukan & Pinjaman | Percuma | √ | √ | √ | |
8. | Alumni UKM |
| |||
Keahlian Rujukan | Percuma | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | RM100.00 | √ | √ | √ | |
9. | Orang Perseorangan | ||||
Keahlian Rujukan | RM200.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | RM400.00 | √ | √ | √ | |
10. | Ahli Keluarga Kakitangan UKM |
| |||
Keahlian Rujukan | Percuma | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | RM10.00 | √ | √ | √ | |
11. | Ahli Harian |
| |||
Keahlian Rujukan | RM20.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | Tiada | Tiada | Tiada | Tiada | |
12. | Pelajar Sekolah Menengah |
| |||
Keahlian Rujukan | Membawa surat kebenaran daripada pihak sekolah | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | Tiada | Tiada | Tiada | Tiada |
*Sila bawa kad matrik/surat pengesahan/pengenalan diri daripada perpustakaan/jabatan/institusi masing-masing.
Pelanggan boleh menempah bahan melalui Internet dengan syarat bahan berkenaan sedang dipinjam oleh pelanggan lain. Perkhidmatan ini boleh didapati dengan melayari katalog awam dalam talian(GEMILANG) di alamat http://gemilang.ukm.my. Pembatalan terhadap tempahan juga boleh dibuat melalui GEMILANG. Selepas buku dipulangkan oleh peminjam, penempah bahan diberi 7 hari untuk mengambil buku tersebut di Kaunter Pinjaman dan Pemulangan di Aras 3.
- Perkhidmatan ini diberikan kepada kakitangan akademik/ ikhtisas/ pentadbiran, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah tahun akhir.
Melalui perkhidmatan ini, pemohon boleh meminjam bahan asal atau memperoleh bahan salinan yang tidak terdapat di perpustakaan.
Permohonan dibuat melalui sistem iQuest yang dapat diakses melalui laman web perpustakaan atau menerusi alamat https://rb.gy/kjhwgs - Permohonan akan dihantar ke institusi dalam atau luar negara.
CAJ PERKHIDMATAN:
- Percuma bagi artikel dan buku dari perpustakaan dalam negara.
- Bagi bahan British Library:
Ahli Akademik:
Item | Caj |
Artikel | · Percuma bagi 5 artikel pertama setiap tahun · RM10.00 bagi setiap artikel berikutnya |
Buku | · RM20.00 bagi setiap buku |
Pascasiswazah dan pelajar prasiswazah tahun akhir:
Item | Caj |
Artikel | · Percuma bagi 3 artikel pertama setiap tahun · RM10.00 bagi setiap artikel berikutnya |
Buku | · RM20.00 bagi setiap buku |
- Bagi bahan lain-lain perpustakaan, caj perkhidmatan akan ditanggung oleh pelanggan seperti yang ditetapkan oleh perpustakaan yang memberi pinjaman.
Buku baharu yang diperolehi oleh perpustakaan akan dipamerkan selama 1-2 bulan di Aras 3 sebelum ditempatkan di Koleksi Am. Buku tersebut boleh dipinjam.
Kemudahan
Terdapat 3 buah bilik diskusi yang disediakan di Perpustakaan dan boleh memuatkan 4-6 orang dalam satu-satu masa. Penggunaan bilik diskusi adalah percuma dan boleh ditempah di Kaunter Perpustakaan. Setiap bilik dilengkapi dengan meja, kerusi, papan putih dan pen papan putih (Marker pen).
Bilik mesyuarat adalah sebuah bilik khas yang dilengkapi dengan meja, kerusi, papan putih, projektor dan skrin LCD yang disambungkan ke komputer. Kebiasaannya bilik ini digunakan untuk perbincangan, mesyuarat dan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Bilik ini boleh memuatkan 10-14 orang dalam satu masa.
Makmal komputer boleh memuatkan 18 orang pada satu-satu masa dan boleh ditempah oleh pelanggan perpustakaan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Ruang Baca 24 jam yang terletak di Aras 3 di luar premis Perpustakaan dilengkapi dengan kemudahan WiFi dan pendingin hawa untuk keselesaan pelanggan untuk mengulangkaji dan perbincangan secara berkumpulan.
Kemudahan ini disediakan percuma kepada semua pelanggan perpustakaan secara harian dalam tempoh operasi perkhidmatan perpustakaan. Pelanggan perlu ke kaunter untuk pendaftaran penggunaan lokar. Kunci lokar perlu diserahkan kembali kepada pihak perpustakaan sebelum pukul 5.00 petang pada hari yang sama. Denda akan dikenakan RM0.50 per jam sekiranya kunci lewat dipulangkan.
Perpustakaan turut menyediakan kemudahan WiFi kepada pengguna. Kemudahan ini meliputi keseluruhan bangunan perpustakaan dan kawasan sekitarnya. Kemudahan ini disediakan bertujuan untuk menampung jumlah komputer yang terhad disamping memudahkan pengguna perpustakaan melakukan pencarian maklumat dengan menggunakan komputer riba sendiri. Pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu di Pusat Teknologi Maklumat. Kemudahan WiFi ini juga disediakan secara percuma dan pengguna boleh menggunakannya tanpa had pada bila-bila masa yang diperlukan.
Terdapat Ruang Santai di aras 3 dan 4 perpustakaan yang lebih cantik, selesa dan menarik untuk pengguna mengulang kaji dengan yang lebih santai.
Ruang sudut digital ini mempunyai 4 komputer yang mempunyai akses internet. Sudut digital ini boleh digunakan oleh pelanggan di aras 3 perpustakaan.
Terdapat 6 buah meja karel di aras 4 perpustakaan. Pelanggan boleh menggunakan meja ini untuk tujuan membaca atau menyiapkan tugasan.
Kakitangan Perpustakaan
Cik Noraini Mat Ali
Pustakawan Kanan (S44) Tel: 0391458692 norain@ppukm.ukm.edu.my
Puan Emilda Yuslinda Kamaluddin
Pembantu Pustakawan (S22)
Tel : 0391458691
Pengkatalogan
emildayuslinda@ukm.edu.my
Encik Asraf Azrul Ahmad Kamel
Pembantu Pustakawan (S22)
Tel : 0391458740
Perkhidmatan Pelanggan
ashrafazrul@ukm.edu.my
Encik Muhammad Wafi Azizi
Pembantu Pustakawan (S22)
Tel : 0391458740
Perkhidmatan Pelanggan
wafi@ppukm.edu.my
Encik Mohd Azriq Alwizam Ayub
Pembantu Pustakawan (S19)
Tel : 0391458691
Perolehan
azriq@ppukm.edu.my
Encik Muhammad Hafizuddin Eusof
Pembantu Pustakawan (S19)
Tel : 0391458691
Perkhidmatan Pelanggan
mhafizuddin@ukm.edu.my