Waktu Operasi Perpustakaan
Isnin – Khamis: 8.30 pagi – 4.30 petang |
Jumaat: 8.30 pagi – 12.15 tengah hari DAN 2.45 petang – 4.30 petang |
(Waktu Rehat & Solat Jumaat: 12.15 tengah hari – 2.45 petang)
Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup
PERPUSTAKAAN ALAM & TAMADUN MELAYU
Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (Perpustakaan ATMA) ditubuhkan pada tahun 1972 dan tujuan penubuhannya adalah untuk menyokong pengajian dan pentadbiran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA). Idea penubuhannya tercetus daripada “Program Penyelidikan dan Dokumentasi” yang dirangka oleh mantan Pengarah ATMA yang pertama, Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Perpustakaan ATMA bertindak membangun dan memperkayakan koleksi perpustakaan dalam bidang alam dan ketamadunan Melayu dari masa ke semasa. Perpustakaan ATMA dahulunya hanya mempunyai 30,000 naskhah koleksi bahan dan kini koleksi tersebut telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 85,000 naskhah merangkumi pembelian bahan dari dalam dan luar negara. Perpustakaan ATMA mempunyai beberapa koleksi bahan iaitu Koleksi Am, Koleksi Rujukan, Koleksi Khas, Koleksi Bahasa Melayu, Koleksi N. A. Halim, Koleksi Wiramanja, Koleksi Saad Shukri dan Koleksi Sastera Sunda. Perpustakaan ATMA kini ditempatkan di aras 2 dan 3, Bangunan ATMA, UKM
Hebahan@PATMA
Video
Sumber Maklumat
Pelanggan boleh mengakses pangkalan data e-jurnal, e-buku, e-prosiding, e-tesis dan sebagainya dari dalam dan luar kampus. Login menggunakan ID & Katalaluan SMPWEB / EWARGA
Sumber Maklumat Berkaitan
- FB Perpustakaan Alam & Tamadun Melayu
- Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA)
- Blog Unit Arkib & Khas (PTSL)
- Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSK)
- Institut Kajian Etnik (KITA)
- Perpustakaan Negara Malaysia
- Arkib Negara Malaysia (ANM)
- Kementerian Pelancongan Seni & Budaya
- Jabatan Muzium Malaysia
- Senarai muzium di Malaysia
- Jabatan Kraftangan Malaysia
- Jabatan Adat Istiadat Negara
- Jabatan Kemajuan Orang Asli
- Libguides-PATMA
- Book4U@PATMA (Permohonan Pembelian Buku Dalam Talian PATMA)
- Portal Malayworld Civilization
- I-Quest (PTSL)
- Drive-Thru
- Perkhidmatan D2D
- I-Quest (PTSL)
- Kursus Kemahiran Maklumat (PTSL)
- Sistem Tempahan Bilik Diskusi
- Soalan Lazim
- Sistem Aduan dan Maklumbalas Pelanggan
- Tabung Derma Perpustakaan UKM
Perkhidmatan
Keahlian Pelajar dan Kakitangan UKM
Bil | Kategori | Yuran Tahunan (RM) – SEPENUH MASA | |
RUJUKAN | PINJAMAN | ||
1 | Pelajar Prasiswazah (Warganegara) | PERCUMA | 50.00 |
2 | Pelajar Prasiswazah (Bukan Warganegara) | PERCUMA | 70.00 |
3 | Pelajar Pascasiswazah (Sarjana & PhD) (Warganegara) termasuk dari Pusat Kembangan Pendidikan | PERCUMA | 150.00 75.00 (SEPARUH MASA) |
4 | Pelajar Pascasiswah (Sarjana & Phd) (Bukan Warganegara) termasuk dari Pusat Kembangan Pendidikan | PERCUMA | 200.00 100.00 (SEPARUH MASA) |
5 | Ahli Akademik (termasuk Ahli Akademik Kontrak) | PERCUMA | 50.00 – 70.00 |
6 | Ahli Akademik/ Tutor/ Felo* (Sambilan/ Pelawat) | PERCUMA | 75.00 – 200.00 |
7 | Pegawai Universiti | PERCUMA | PERCUMA |
8 | Kakitangan Sokongan | PERCUMA | PERCUMA |
9 | Permata Pintar | PERCUMA | PERCUMA |
10 | Asasi Pintar | PERCUMA | 100.00 |
* Mesti sertakan surat pengesahan/ lantikan Universiti/ Jabatan
Keahlian Luar Perpustakaan
Bil. | Kategori | Yuran Tahunan (RM) | Kelayakan Keahlian Berbayar | ||
Rujukan | Pinjaman | Kemudahan | |||
1. | Ahli Akademik/ Pelajar IPT Awam/ Swasta* (Ahli PERPUN) |
| |||
Keahlian Rujukan | Percuma | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | RM100.00 | √ | √ | √ | |
2. | Ahli Akademik/ Pelajar IPT/ Swasta * (bukan Ahli PERPUN) |
| |||
Keahlian Rujukan | RM100.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | RM200.00 | √ | √ | √ | |
3. | Pelajar Luar Negara* |
| |||
Keahlian Rujukan | RM200.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | RM400.00 | √ | √ | √ | |
4. | Kakitangan Kerajaan* |
| |||
Keahlian Rujukan | Percuma | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | RM100.00 | √ | √ | √ | |
5. | Ahli Korporat Institusi (10 orang) |
| |||
Keahlian Rujukan | RM2,000.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | RM4,000.00 | √ | √ | √ | |
6. | Pesara UKM |
| |||
Keahlian Rujukan & Pinjaman | Percuma | √ | √ | X | |
7. | Keahlian Kehormat – Sumbangan RM6,000.00 (staf UKM) atau sumbangan RM10,000.00 (pihak luar) atau sumbangan 500 naskah buku |
| |||
Keahlian Rujukan & Pinjaman | Percuma | √ | √ | √ | |
8. | Alumni UKM |
| |||
Keahlian Rujukan | Percuma | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | RM100.00 | √ | √ | √ | |
9. | Orang Perseorangan |
| |||
Keahlian Rujukan | RM200.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | RM400.00 | √ | √ | √ | |
10. | Ahli Keluarga Kakitangan UKM |
| |||
Keahlian Rujukan | Percuma | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | RM10.00 | √ | √ | √ | |
11. | Ahli Harian |
| |||
Keahlian Rujukan | RM20.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | Tiada | Tiada | Tiada | Tiada | |
12. | Pelajar Sekolah Menengah |
| |||
Keahlian Rujukan | Membawa surat kebenaran daripada pihak sekolah | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | Tiada | Tiada | Tiada | Tiada |
*Sila bawa kad matrik/surat pengesahan/pengenalan diri daripada perpustakaan/jabatan/institusi masing-masing.
PELAJAR DAN KAKITANGAN UKM
Bil | Kategori | Kemudahan Pinjaman / Had Pinjaman/ Masa | |
Koleksi Am | Koleksi Tanda Merah (TM) | ||
1. | Pelajar Prasiswazah | 7 buah/ 14 hari | 1 buah/ 3 hari (bekerja) |
2. | Pelajar Pascasiswazah | 20 buah/ 40 hari | 1 buah/ 7 hari |
3. | Ahli Akademik (termasuk Ahli Akademik Kontrak) | 25 buah/ 60 hari | 1 buah/ 14 hari |
4. | Ahli Akademik/ Tutor/ Felo (Sambilan/ Pelawat) | 10 buah/ 30 hari | 1 buah/ 14 hari |
5. | Pegawai Universiti | 25 buah/ 60 hari | 1 buah/ 14 hari |
6. | Kakitangan Sokongan | 5 buah/ 14 hari | 1 buah/ 14 hari |
7. | Keahlian Kehormat – sumbangan RM6,000.00 (staf UKM) atau sumbangan RM10,000.00 (pihak luar) atau sumbangan 500 naskhah buku | 25 buah/ 60 hari | 1 buah/ 14 hari |
8. | Permata Pintar | 3 buah/ 14 hari | 1 buah/ 3 hari |
9. | Asasi Pintar | 5 buah/14 hari | 1 buah/ 3 hari |
AHLI LUAR PERPUSTAKAAN UKM
Bil | Kategori | Kemudahan Pinjaman / Had Pinjaman/ Masa | |
Koleksi Am | Koleksi Tanda Merah (TM) | ||
1. | Ahli Akademik/ Pelajar IPT Awam | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
2. | Ahli Akademik/ Pelajar IPT Swasta | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
3. | Pelajar Luar Negara | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
4. | Kakitangan Kerajaan | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
5. | Ahli Korporat Institusi (10 orang) | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
6. | Orang Perseorangan | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
7. | Pesara UKM | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
8. | ALUMNI UKM | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
9. | Ahli Keluarga Kakitangan UKM | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
DENDA LEWAT MEMULANGKAN BUKU
Kadar denda bagi sebuah buku adalah seperti berikut:
- Koleksi Am 30 sebuah buku sehari
- Koleksi Tanda Merah 00 sebuah buku sehari
Denda yang dikira tidak termasuk hari cuti (perpustakaan ditutup)
DENDA MENGHILANGKAN BUKU
Denda akan dikenakan seperti berikut:
- Menggantikan buku yang sama atau edisi terbaharu berserta wang proses RM100.00 ATAU mengganti buku yang sama subjek dan wang proses RM100.00 ATAU membayar harga buku berkenaan (harga semasa) dan wang proses RM100.00.
- Denda lewat pemulangan buku (jika ada).
Pelanggan boleh menempah bahan melalui Internet dengan syarat bahan berkenaan sedang dipinjam oleh pelanggan lain. Perkhidmatan ini boleh didapati dengan melayari katalog awam dalam talian (GEMILANG) di alamat http://gemilang.ukm.my. Pembatalan terhadap tempahan juga boleh dibuat melalui GEMILANG. Selepas buku dipulangkan oleh peminjam, penempah bahan diberi 7 hari untuk mengambil buku tersebut di Kaunter Pinjaman dan Pemulangan di Aras 2.
- Perkhidmatan ini diberikan kepada kakitangan akademik/ ikhtisas/ pentadbiran, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah tahun akhir.
- Melalui perkhidmatan ini, pemohon boleh meminjam bahan asal atau memperoleh bahan salinan yang tidak terdapat di perpustakaan.
- Permohonan dibuat melalui sistem iQuest yang dapat diakses melalui laman web perpustakaan atau menerusi alamat http://www.iquest.net.my.
- Permohonan akan dihantar ke institusi dalam atau luar negara.
CAJ PERKHIDMATAN:
- Percuma bagi artikel dan buku dari perpustakaan dalam negara.
- Bagi bahan British Library:
Ahli Akademik:
Item | Caj |
Artikel | · Percuma bagi 5 artikel pertama setiap tahun · RM10.00 bagi setiap artikel berikutnya |
Buku | · RM20.00 bagi setiap buku |
Pascasiswazah dan pelajar prasiswazah tahun akhir:
Item | Caj |
Artikel | · Percuma bagi 3 artikel pertama setiap tahun · RM10.00 bagi setiap artikel berikutnya |
Buku | · RM20.00 bagi setiap buku |
- Bagi bahan lain-lain perpustakaan, caj perkhidmatan akan ditanggung oleh pelanggan seperti yang ditetapkan oleh perpustakaan yang memberi pinjaman.
Pameran ini meliputi buku-buku terpilih dan terkini yang diterima oleh pihak Perpustakaan. Buku-buku tersebut akan dipamerkan selama 2 minggu di ruang pameran buku baru di aras 3. Buku-buku pameran boleh dipinjam.
Kemudahan
Perpustakaan menyediakan Bilik Diskusi (Bilik Ayah Bonda) di Aras 3, Perpustakaan ATMA.Penggunaan bilik adalah percuma. Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian melalui Sistem Tempahan Bilik Diskusi Perpustakaan UKM (drbs.ukm.my) atau Pelanggan dikehendaki mendaftar di Kaunter Perkhidmatan Pinjaman dan Pemulangan Bahan terlebih dahulu sebelum menggunakan kemudahan tersebut.
Pelanggan yang berkenaan boleh merujuk bahan perpustakaan di ruang yang disediakan iaitu di Pejabat Perpustakaan ATMA, aras 2, bangunan ATMA.
Kotak Pemulangan Buku disediakan di Aras 2, bersebelahan pejabat Perpustakaan ATMA.
Sudut ini diwujudkan untuk pelanggan menelaah secara santai. Di sudut ini disediakan juga permainan yang membina minda serta permainan tradisional seperti congkak, Saidina dan seumpamanya
Perkhidmatan pinjaman ‘Ear phone” akan diberikan kepada pelanggan yang memerlukannya bagi pembelajaran dalam suasana “senyap”