Tun Seri Lanang yang kita kenali sebagai pengarang besar Johor yang telah melahirkan buku “Sejarah Melayu” atau “Sulalatus Salatin” (1612), dilahirkan pada tahun Masihi 1565 di Bukit Seluyut, Kota Tinggi, Johor. Nama sebenarnya ialah Tun Muhammad. Ayahandanya Orang Kaya Paduka Raja Ahmad dan bondanya Tun Gengang. Beliau berasal dari keluarga orang kaya atau bergelar kerana nenek moyangnya keluarga Bendahara Sri Maharaja Melaka, membawa kepada baginda Mani Purindan keturunan Bukit Siguntang. Tun Seri Lanang dilantik menjadi Bendahara ke 14 dengan gelaran Bendahara Sri Maharaja Johor pada tahun 1580, oleh Sultan Ala-Jalla Abdul Jalil Syah. Beliau mangkat pada tahun 1615 di Aceh.
Sumber : Warisan Persuratan Johor YWJ (1997)