Waktu operasi perpustakaan
Isnin – Jumaat: 8.30 Pagi – 5.00 Petang | Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup

Sumber Maklumat

Perpustakaan Pra-Klinikal

Perpustakaan Praklinikal yang berkeluasan 10,000 kaki persegi ini terletak di Aras 3 dan 4 Bangunan Praklinikal, Pusat Perubatan UKM. Perpustakaan ini mula dibuka pada 3 November 2014, namun perkhidmatan peminjaman dan pemulangan hanya bermula pada 11 Februari 2015. Perpustakaan Praklinikal ditubuhkan khusus bagi memberi perkhidmatan maklumat dalam bidang praklinikal seperti Anatomi, Fisiologi, Parasitologi & Entomologi, Biokimia, Farmakologi, dan Mikrobiologi & Immunologi. Perpustakaan Praklinikal bermula dengan belanjawan awal sebanyak RM20,000, koleksi awalnya bermula dengan 805 naskhah bahan bercetak dan 16 naskah bahan media, koleksi ini pada asalnya merupakan sebahagian daripada koleksi milik Perpustakaan PPUKM sebanyak 435 naskah dan Perpustakaan Dr. Abdul Latiff sebanyak 370 naskah, koleksi awal ini mula dipindahkan ke Perpustakaan Praklinikal pada 9 Februari 2015.

Hebahan@Praklinikal

Perkhidmatan Terkini Perpustakaan

Koleksi

Koleksi Am

Koleksi akses terbuka ini terdiri daripada buku-buku teks dalam bidang Perubatan, Sains Kesihatan dan Pergigian di samping buku-buku dalam bidang perkara umum seperti agama, teknologi maklumat dan sebagainya. Bahan-bahan dalam koleksi ini boleh dipinjam oleh ahli Perpustakaan berdasarkan kelayakan kategori masing-masing.

 

 

Anatomy

Call Number QS4 - QS90 Tingkat 3 Perpustakaan Praklinikal

Koleksi Rujukan

Koleksi ini mempunyai awalan ‘Ruj’ pada nombor panggilan buku dan ditempatkan di aras 3, Perpustakaan Dr. Abdul Latiff. Ia mengandungi bahan-bahan rujukan seperti kamus, istilah, ensiklopedia, buku tahunan, almanak, sumber data, buku peta, dan sebagainya. Bahan-bahan ini TIDAK boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan dalam perpustakaan sahaja.

Koleksi Tanda Merah

Koleksi ini ditempatkan di bahagian kaunter pinjaman, aras 2, Perpustakaan Dr. Abdul Latiff. Koleksi ini mengandungi bahan-bahan yang disyorkan oleh pensyarah untuk menjadi bacaan dan rujukan utama pelajar. Bahan-bahan dari koleksi ini boleh dipinjam selama dua (2) jam sahaja atau bermalam. Kakitangan akademik pula dibenarkan meminjam bahan tersebut selama seminggu. 

Koleksi Ilmiah & Tesis

Koleksi ini mempunyai awalan ‘Tesis’ bagi bahan Tesis dan ‘Ilmiah’ bagi bahan Latihan Ilmiah pada nombor panggilan buku dan ditempatkan di aras 2, di belakang kaunter Perpustakaan Dr. Abdul Latiff. Bahan-bahan ini TIDAK boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan di perpustakaan sahaja.

Koleksi Bacaan Ringan

Koleksi ini ditempatkan di aras 2 Perpustakaan Dr. Abdul Latiff di mana ianya mengandungi bahan-bahan bacaan ringan, umum dan popular yang sesuai dibaca oleh semua golongan atau peringkat umur. Bahan-bahan ini boleh dibaca di ruang bacaan sudut ini sahaja dan dibenarkan untuk dipinjam seperti buku-buku di Koleksi Am.

Koleksi Jurnal

Koleksi ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu jurnal kebelakangan dan jurnal kini. Jurnal kebelakangan dan jurnal kini di tempatkan di aras 1 Perpustakaan. Koleksi jurnal popular pula diletakkan di ruang Koleksi Bacaan Ringan di aras 2 Perpustakaan. Bahan-bahan ini TIDAK boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan di dalam Perpustakaan sahaja.

Koleksi Arkib & Khas

Koleksi ini terdiri daripada bahan-bahan dokumen yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia dan agensi-agensi di bawahnya, kerajaan tempatan, badan berkanun dan bahan terbitan luar negara. Koleksi ini juga menempatkan bahan-bahan mengenai sejarah dan perkembangan UKM termasuk karya-karya ahli akademik dan pelajar seperti seminar, laporan tahunan dan risalah. Koleksi Khas, Arkib dan Dokumen TIDAK boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan di dalam Perpustakaan sahaja.

Add Your Heading Text Here

Koleksi ini terdiri daripada bahan-bahan dokumen yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia dan agensi-agensi di bawahnya, kerajaan tempatan, badan berkanun dan bahan terbitan luar negara. Koleksi ini juga menempatkan bahan-bahan mengenai sejarah dan perkembangan UKM termasuk karya-karya ahli akademik dan pelajar seperti seminar, laporan tahunan dan risalah. Koleksi Khas, Arkib dan Dokumen TIDAK boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan di dalam Perpustakaan sahaja.

Perkhidmatan

PELAJAR DAN KAKITANGAN UKM

Bil

Kategori

Kemudahan Pinjaman / Had Pinjaman/ Masa

Koleksi Am

Koleksi Tanda Merah (TM)

1.

Pelajar Prasiswazah

7 buah/ 14 hari

1 buah/ 3 hari

2.

Pelajar Pascasiswazah

20 buah/ 40 hari

1 buah/ 7 hari

3.

Ahli Akademik (termasuk Ahli Akademik Kontrak)

25 buah/ 60 hari

1 buah/ 14 hari

4.

Ahli Akademik/ Tutor/ Felo (Sambilan/ Pelawat)

10 buah/ 30 hari

1 buah/ 14 hari

5.

Pegawai Universiti

25 buah/ 60 hari

1 buah/ 14 hari

6.

Kakitangan Sokongan

5 buah/ 14 hari

1 buah/ 14 hari

7.

Keahlian Kehormat – sumbangan RM6,000.00 (staf UKM) atau sumbangan RM10,000.00 (pihak luar) atau sumbangan 500 naskhah buku

25 buah/ 60 hari

1 buah/ 14 hari

8.

Permata Pintar

3 buah/ 14 hari

1 buah/ 3 hari

9.

Asasi Pintar

5 buah/14 hari

1 buah/ 3 hari

AHLI LUAR PERPUSTAKAAN UKM

Bil

Kategori

Kemudahan Pinjaman / Had Pinjaman/ Masa

Koleksi Am

Koleksi Tanda Merah (TM)

1.

Ahli Akademik/ Pelajar IPT Awam

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

2.

Ahli Akademik/ Pelajar IPT Swasta

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

3.

Pelajar Luar Negara

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

4.

Kakitangan Kerajaan

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

5.

Ahli Korporat Institusi (10 orang)

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

6.

Orang Perseorangan

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

7.

Pesara UKM

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

8.

ALUMNI UKM

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

9.

Ahli Keluarga Kakitangan UKM

2 buah/ 14 hari

Tidak ditawarkan

 

DENDA LEWAT MEMULANGKAN BUKU

Kadar denda bagi sebuah buku adalah seperti berikut:

  • Koleksi Am 30 sebuah buku sehari
  • Koleksi Tanda Merah 00 sebuah buku sehari

Denda yang dikira tidak termasuk hari cuti (perpustakaan ditutup)

DENDA MENGHILANGKAN BUKU

Denda akan dikenakan seperti berikut:

  • Menggantikan buku yang sama atau edisi terbaharu berserta wang proses RM100.00 ATAU mengganti buku yang sama subjek dan wang proses RM100.00 ATAU membayar harga buku berkenaan (harga semasa) dan wang proses RM100.00.
  • Denda lewat pemulangan buku (jika ada).

Pelanggan boleh memperbaharui pinjaman mereka melalui GEMILANG dengan syarat bahan berkenaan belum tamat tempoh pinjaman, tidak ditempah oleh pelanggan lain dan tidak mempunyai denda yang belum di bayar.

Perkhidmatan ini disediakan untuk kakitangan akademik/ ikhtisas/ pentadbiran/ pelajar pascasiswazah dan prasiswazah tahun akhir bagi mendapatkan bahan/ artikel daripada perpustakaan luar kerana bahan/ artikel berkaitan tidak terdapat di Perpustakaan UKM.

Keahlian Pelajar dan Kakitangan UKM

Bil

Kategori

Yuran Tahunan (RM) – SEPENUH MASA

RUJUKAN

PINJAMAN

1

Pelajar Prasiswazah (Warganegara)

PERCUMA

50.00

2

Pelajar Prasiswazah (Bukan Warganegara)

PERCUMA

70.00

3

Pelajar Pascasiswazah (Sarjana & PhD) (Warganegara) termasuk dari Pusat Kembangan Pendidikan

PERCUMA

150.00

75.00 (SEPARUH MASA)

4

Pelajar Pascasiswah (Sarjana & Phd) (Bukan Warganegara) termasuk dari Pusat Kembangan Pendidikan

PERCUMA

200.00

100.00 (SEPARUH MASA)

5

Ahli Akademik (termasuk Ahli Akademik Kontrak)

PERCUMA

50.00 – 70.00

6

Ahli Akademik/ Tutor/ Felo* (Sambilan/ Pelawat)

PERCUMA

75.00 – 200.00

7

Pegawai Universiti

PERCUMA

PERCUMA

8

Kakitangan Sokongan

PERCUMA

PERCUMA

9

Permata Pintar

PERCUMA

PERCUMA

10

Asasi Pintar

PERCUMA

100.00

* Mesti sertakan surat pengesahan/ lantikan Universiti/ Jabatan

 Keahlian Luar Perpustakaan

Bil.

Kategori

Yuran Tahunan (RM)

Kelayakan Keahlian Berbayar

Rujukan

Pinjaman

Kemudahan

1.

Ahli Akademik/ Pelajar IPT Awam/ Swasta* (Ahli PERPUN)

 

Keahlian Rujukan

Percuma

X

X

Keahlian Pinjaman

RM100.00

2.

Ahli Akademik/ Pelajar IPT/ Swasta * (bukan Ahli PERPUN)

 

Keahlian Rujukan

RM100.00

X

Keahlian Pinjaman

RM200.00

3.

Pelajar Luar Negara*

 

Keahlian Rujukan

RM200.00

X

Keahlian Pinjaman

RM400.00

4.

Kakitangan Kerajaan*

 

Keahlian Rujukan

Percuma

X

X

Keahlian Pinjaman

RM100.00

5.

Ahli Korporat Institusi (10 orang)

 

Keahlian Rujukan

RM2,000.00

X

Keahlian Pinjaman

RM4,000.00

6.

Pesara UKM

 

Keahlian Rujukan & Pinjaman

Percuma

X

7.

Keahlian Kehormat – Sumbangan RM6,000.00 (staf UKM) atau sumbangan RM10,000.00 (pihak luar) atau sumbangan 500 naskah buku

 

Keahlian Rujukan & Pinjaman

Percuma

8.

Alumni UKM

 

Keahlian Rujukan

Percuma

X

X

Keahlian Pinjaman

RM100.00

9.

Orang Perseorangan

 

Keahlian Rujukan

RM200.00

X

Keahlian Pinjaman

RM400.00

10.

Ahli Keluarga Kakitangan UKM

 

Keahlian Rujukan

Percuma

X

X

Keahlian Pinjaman

RM10.00

11.

Ahli Harian

 

Keahlian Rujukan

RM20.00

X

Keahlian Pinjaman

Tiada

Tiada

Tiada

Tiada

12.

Pelajar Sekolah Menengah

 

Keahlian Rujukan

Membawa surat kebenaran daripada pihak sekolah

X

X

Keahlian Pinjaman

Tiada

Tiada

Tiada

Tiada

*Sila bawa kad matrik/surat pengesahan/pengenalan diri daripada perpustakaan/jabatan/institusi masing-masing.

Pelanggan boleh menempah bahan melalui Internet dengan syarat bahan berkenaan sedang dipinjam oleh pelanggan lain. Perkhidmatan ini boleh didapati dengan melayari katalog awam dalam talian(GEMILANG) di alamat http://gemilang.ukm.my. Pembatalan terhadap tempahan juga boleh dibuat melalui GEMILANG. Selepas buku dipulangkan oleh peminjam, penempah bahan diberi 7 hari untuk mengambil buku tersebut di Kaunter Pinjaman dan Pemulangan di Aras 3.

  • Perkhidmatan ini diberikan kepada kakitangan akademik/ ikhtisas/ pentadbiran, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah tahun akhir.
    Melalui perkhidmatan ini, pemohon boleh meminjam bahan asal atau memperoleh bahan salinan yang tidak terdapat di perpustakaan.
    Permohonan dibuat melalui sistem iQuest yang dapat diakses melalui laman web perpustakaan atau menerusi alamat https://rb.gy/kjhwgs
  • Permohonan akan dihantar ke institusi dalam atau luar negara.

CAJ PERKHIDMATAN:

  • Percuma bagi artikel dan buku dari perpustakaan dalam negara.
  • Bagi bahan British Library:

Ahli Akademik:

Item

Caj

Artikel

·     Percuma bagi 5 artikel pertama setiap tahun

·     RM10.00 bagi setiap artikel berikutnya

Buku

·     RM20.00 bagi setiap buku

Pascasiswazah dan pelajar prasiswazah tahun akhir:

Item

Caj

Artikel

·         Percuma bagi 3 artikel pertama setiap tahun

·         RM10.00 bagi setiap artikel berikutnya

Buku

·         RM20.00 bagi setiap buku

  • Bagi bahan lain-lain perpustakaan, caj perkhidmatan akan ditanggung oleh pelanggan seperti yang ditetapkan oleh perpustakaan yang memberi pinjaman.

Buku baharu yang diperolehi oleh perpustakaan akan dipamerkan selama 1-2 bulan di Aras 3 sebelum ditempatkan di Koleksi Am.  Buku tersebut boleh dipinjam.

Kemudahan

Cik Noraini Mat Ali

Puan Emilda Yuslinda Kamaluddin

Encik Ashraf Azrul Ahmad Kamel

Encik Muhammad Wafi Azizi

Encik Mohd Azriq Alwizam Ayub

Encik Muhammad Hafizuddin Eusof

Hubungi Kami

Perpustakaan Praklinikal,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Kampus Kuala Lumpur, Hospital Canselor Tuanku Muhriz
56000, Kuala Lumpur
603-91458740 (TEL)