FAQ / soalan lazim
PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN TUN SERI LANANG
Waktu Perkhidmatan Perpustakaan?
Waktu perkhidmatan Perpustakaan adalah seperti berikut:
Semasa Semester
- Isnin – Jumaat: 8.30 pagi – 10.00 malam
- Sabtu & Ahad: 10.00 pagi – 5.00 petang
- Sabtu Minggu Pertama & Cuti Umum: (TUTUP)
Cuti Semester
- Isnin – Khamis: 8.30 pagi – 7.00 malam
- Jumaat: 8.30 pagi – 12.15 tengah hari | 2.45 petang – 7.00 malam
- Ahad: 10.00 pagi – 5.00 petang
- Sabtu & Cuti Umum: (TUTUP)
Waktu Pinjaman/ Pemulangan Bahan Am dan Tanda Merah di Kaunter
Semasa Semester
- Isnin – Jumaat: 8.30 pagi – 9.15 malam
- Sabtu & Ahad: 10.30 pagi – 4.00 petang
Cuti Semester
- Isnin – Khamis: 8.30 pagi – 6.00 petang
- Jumaat: 8.30 pagi – 12.00 tengah hari | 2.45 Petang – 6.00 petang
- Ahad: 10.30 pagi – 4.00 petang
- Sabtu: (TUTUP)
- Ahad: 10.30 pagi – 4.00 petang
*Perpustakaan akan dibuka sehingga jam 10.30 malam pada minggu ulangkaji dan peperiksaan termasuk pada hari Sabtu dan Ahad.
Bagaimana untuk menjadi ahli Perpustakaan?
Sila rujuk Keahlian Perpustakaan
Bagaimana untuk meminjam dan memulangkan bahan Perpustakaan?
Perkhidmatan pinjaman dan pemulangan bahan boleh dilakukan melalui:
- Mesin pinjaman dan pemulangan layan diri
- Kaunter Perpustakaan
- Pinjaman Drive Thru
- Pinjaman Door-2- Door (ahli akademik sahaja)
- Pinjaman secara pos
- Pemulangan di bookdrop (24 jam)
- Pemulangan secara pos
Bagaimanakah cara untuk memohon bahan yang tiada dalam koleksi Perpustakaan UKM?
- Permohonan artikel Pay Per View bagi 8 pangkalan data berikut: ACM Digital Library, Institute of Physics, Oxford Journals, Sage Journals, ScienceDirect, SpringerLink, Taylor & Francis, Wiley Online Library. Sila klik PPV untuk membuat permohonan.
- Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan. Sila klik Pinjaman Antara Perpustakaan untuk membuat permohonan.
Bagaimanakah cara untuk melanjutkan tempoh pinjaman buku?
Pelanggan boleh melakukannya melalui Gemilang (http://gemilang.ukm.my). Pilih butang MyAccount, pilih buku berkaitan dan klik Renew untuk melanjutkan tempoh pinjaman tersebut.
Adakah saya boleh memulangkan buku di lokasi berbeza daripada lokasi asal pinjaman buku?
Boleh. Walaubagaimanapun, status pinjaman buku tidak akan bertukar secara automatik.
Adakah saya akan didenda jika lewat memulangkan buku?
Ya. Kadar denda bagi sebuah buku adalah sperti berikut:
- Koleksi Am RM0.30 sehari
- Koleksi Tanda Merah RM3.00 sehari
- Koleksi Terhad RM0.50 sehari
Denda hanya dikira pada hari Perpustakaan beroperasi
Bagaimanakah cara untuk membayar denda lewat pulang buku?
Anda boleh melakukannya melalui:
a) Terminal debit/kredit (Kaunter)
b) DuitNow QR (Kaunter)
c) Sistem E-Kewangan UKM (ekewangan.ukm.my)
d) Pindahan Dana Elektronik / EFT (Akaun CIMB atas nama UKM : 98945110301000)
Jika memilih kaedah c & d, mohon lengkapkan bukti bayaran di pautan : https://bit.ly/
Untuk panduan boleh rujuk disini.
Bagaimanakah cara untuk menyelesaikan urusan buku hilang?
Buku yang hilang perlu dilaporkan kepada Perpustakaan yang berkaitan (di mana buku tersebut dipinjam).
Apakah kemudahan yang disediakan di Perpustakaan?
Sila rujuk Kemudahan.
Apakah User ID / Library ID dan Kata Laluan Perpustakaan?
- Peminjaman bahan, GEMILANG dan Learning and Research Repository:
User/Library ID: No Matrik / No. UKMPER
Kata laluan: No. MyKad / No. Passport
- Portal ESumber@PTSL dan Repositori Institusi UKM (eRep):
User ID: No. Matrik / No. UKMPER
Kata laluan: Kata laluan SMPWeb / Portal e-warga
Bagaimana jika Lupa Kata Laluan Perpustakaan
Sila Klik ‘Lupa Kata Laluan’. Masukkan No Matrik / UKMPER untuk permohonan set semula kata laluan yang akan diemail ke email berdaftar.
Bagaimana untuk mengakses dan login ke Akaun Portal Perpustakaan PPUKM?
Portal Perpustakaan PPUKM boleh di akses di URL: http://lib.hukm.ukm.my dan perlu mendaftar dengan klik ‘Daftar Akaun’ untuk Login kepada akaun Portal Perpustakaan PPUKM dan Pentadbir Portal akan mengaktifkan akaun yang didaftarkan.
Bagaimana jika Lupa Kata Laluan Portal Perpustakaan PPUKM?
Sila Klik ‘Lupa Kata Laluan’. Masukkan alamat email yang didaftarkan untuk set semula kata laluan.
Dimanakah saya boleh mengakses/merujuk koleksi tesis?
Koleksi tesis bercetak boleh dirujuk di Koleksi Asia Tenggara, Aras 5 Perpustakaan Tun Seri Lanang. Laksanakan carian tajuk tesis di Gemilang (http://gemilang.ukm.my).
ATAU
Tesis secara dalam talian boleh dirujuk di Portal eSumber@ptsl dan Learning & Research Repository UKM (http://ptsldigital.ukm.my)
Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan artikel jurnal dalam talian?
Artikel jurnal boleh diperolehi sama ada melalui:
- Carian Bestari@UKM (Discovery Service UKM)
- Portal eSumber@ptsl
- Repositori Artikel Jurnal Terbitan UKM (UJAR)
Dimanakah saya boleh memperolehi artikel/penulisan ahli akademik UKM
Semua penerbitan ahli akademik UKM boleh di akses melalui Repositori Institusi UKM (e-Rep). ID dan Password sebagaimana SMPWEB dan Portal e-warga.
Dimanakah saya boleh mendapatkan senarai jurnal berimpak tinggi (WOS/SCOPUS/ERA/MYCITE)
Senarai tersebut boleh diperolehi di laman web PTSL (https://www.ukm.my/ptsl). Pilih Sokongan Penyelidikan (Research Support) dan klik Jurnal Berindeks untuk senarai tersebut (format MS Excel).
ATAU
Layari pangkalan data JCR/WOS/SCOPUS di Portal ESumber@ptsl untuk mengetahui status jurnal berkaitan.
Bagaimanakah saya ingin mendapatkan bimbingan berkaitan pencarian maklumat di Perpustakaan?
Anda boleh mendapatkan bimbingan tersebut melalui Kursus Kemahiran Maklumat yang diadakan setiap bulan secara berjadual/permohonan ataupun secara temujanji.
Adakah kursus tersebut diadakan secara percuma atau berbayar?
Ianya percuma kepada warga UKM kecuali Kursus Mendeley (RM20 per individu).
Berbayar kepada selain warga UKM (RM50 per individu)
Siapakah yang boleh menghadiri kursus ini?
Terbuka kepada semua pelanggan Perpustakaan dan individu yang berminat.
Bagaimana saya ingin menghubungi Perpustakaan jika ada pertanyaan?
Anda boleh menghubungi melalui saluran berikut dalam waktu operasi Perpustakaan:
- Talian telefon: 03-8921 3446
- Talian whatsapp: 019-204 5652
- Email: helpdeskptsl@ukm.edu.my
- Livechat di www.ukm.my/ptsl