PENDIDIKAN PENGGUNA
Klik jadual di kalendar untuk pendaftaran secara atas talian atau mendaftar di:
Meja Penasihat Pembaca, Aras 4, PTSL
Tel : 03-89213446 / 5575 / 5818 / 4732
Semua kelas akan dijalankan atas talian KECUALI dinyatakan sebaliknya
Klik di sini untuk permohonan kelas secara bersemuka dan permohonan kelas mengikut tarikh
Infoklinik adalah sesi perundingan secara individu di antara pelanggan dengan pustakawan meliputi topik berkaitan katalog GEMILANG, pangkalan data, perisian Endnote / Mendeley dan keperluan maklumat yang lain. Pendaftaran boleh dilakukan di Meja Penasihat Pembaca, Aras 4, PTSL atau klik di sini untuk medaftar atas talian.
Kod QR
Mengurus Rujukan Anda: EndNote
- EndNote satu program perisian bibliografi yang membolehkan pengurusan dan penyimpanan data-data rujukan di dalam pangkalan data yang dibangunkan sendiri yang dinamakan “EndNote Library”.
- Perisian ini membenarkan menyimpan Petikan (Citation) dan rujukan mengikut gaya petikan yang dikehendaki dan dapat mengelak penaipan berulang dalam proses penulisan penyelidikan atau tugasan anda.
- Menyediakan pilihan lebih dari 100 format gaya petikan seperti APA, MLA, Chicago 15thB, Turabian, Annonated dan lain-lain.
Mengurus Rujukan Anda: Mendeley
- Mendeley merupakan perisian Reference Manager yang boleh dimuat turun secara percuma dan boleh beroperasi sebagai perisian Desktop dan Web secara serentak.
- Mendeley adalah perisian bibliografi yang membolehkan pengurusan dan penyimpanan data-data rujukan di dalam pangkalan data yang dibangunkan sendiri.
- Perisian ini membenarkan menyimpan Petikan (Citation) dan rujukan mengikut gaya petikan yang dikehendaki dan dapat mengelak penaipan berulang dalam proses penulisan penyelidikan atau tugasan anda.
- Mendeley juga berfungsi sebagai perisian untuk jaringan sosial akademik yang membolehkan penyelidik berkongsi sumber rujukan atau berkolaborasi secara dalam talian.
- URL Gaya UKM Bahasa Melayu terkini seperti berikut :
http://csl.mendeley.com/styles/66537561/GayaUKM-MelayuMazleha - URL Gaya UKM Bahasa Inggeris terkini seperti berikut: https://csl.mendeley.com/styles/66537561/universiti-kebangsaan-malaysia-mazleha-Eng
- URL Gaya UKM Bahasa Melayu terkini seperti berikut :
TUTORIAL
Katalog GEMILANG
Katalog Perpustakaan UKM adalah rekod asas yang memberi maklumat lengkap mengenai bahan-bahan yang ada di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Perpustakaan- Perpustakaan Cabang.
GEMILANG ialah nama yang diberi bagi Katalog Awam Dalam Talian perpustakaan UKM, iaitu singkatan daripada Gedung Maklumat Ilmu Tun Seri Lanang.
E-Sumber
- Portal e-Sumber menyediakan akses kepada pelbagai pangkalan data jurnal dan buku elektronik daripada pelbagai bidang.
- Mengandungi teks penuh daripada jurnal dan buku-e yang dilanggan oleh perpustakaan.
- Boleh membuat pencarian pangkalan data melalui subjek atau judul pangkalan data.
Bahan Elektronik
Sumber Maklumat Tesis
Kursus ini menekankan penggunaan sumber maklumat tesis melalui sumber berikut:
- Katalog GEMILANG
- Learning and Research Repository (VITAL)
- Malaysian Thesis Online (MyTO)
- ProQuest Dissertations and Theses Fulltext
- Sumber akses terbuka
Kemahiran Portal PPUKM
Kursus ini menekankan teknik pencarian maklumat bagi sumber maklumat menerusi Portal PPUKM.
Systematic Review
Kursus ini menekankan pencarian bahan dengan kaedah “systematic review” bagi mendapatkan carian yang lebih tepat.
Pencarian Bahan Koleksi Islam
Kursus ini menekankan teknik pencarian maklumat bagi sumber maklumat terpilih khusus bagi bahan koleksi Arab dan Tamadun Islam, Perpustakaan UKM menerusi:
- OPAC GEMILANG.
- Tips pencarian maklumat bagi bahan berbahasa Arab.
- Tips pencarian ayat al-Qur’an dan hadith.
- Carian latihan ilmiah bagi pelajar Fakulti Pengajian Islam UKM.
Beberapa sumber yang disediakan oleh perpustakaan dan sumber terbuka lain turut dikongsikan dalam kursus ini.
Pencarian Bahan Dokumen @ Grey Literature
Kursus ini menekankan teknik pencarian maklumat bagi sumber maklumat terpilih khusus bagi bahan Koleksi Dokumen, Perpustakaan UKM yang boleh diakses menerusi:
- OPAC GEMILANG
- Sistem Repositori Digital (VITAL)
Beberapa sumber yang disediakan oleh perpustakaan dan sumber lain turut dikongsikan dalam kursus ini.
Bengkel Pencarian Maklumat Sekolah Menengah
Bengkel ini merupakan salah satu usaha Perpustakaan UKM membantu masyarakat luar khususnya pelajar sekolah untuk lebih memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang berkesan. Menyedari bahawa pelajar sekolah kini terdedah dengan pelbagai tugasan yang melibatkan pencarian maklumat terutamanya dalam pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), bengkel ini akan memberi pendedahan kepada peserta mengenai definisi, kategori-kategori sumber maklumat, bentuk-bentuk sumber maklu-mat dan strategi pencarian maklumat. Peserta juga akan didedahkan kepada koleksi-koleksi bahan di Perpustakaan UKM. Kepelbagaian sumber maklumat yang diterokai dan strategi pencarian yang efektif akan memberi impak kepada pembentukan individu bermaklumat yang cekap.
Hubungi Kami
Perpustakaan Tun Seri Lanang,
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan,Malaysia
+603-89213446 – Consultation Services
019-2045652 – Telegram/Whatsapp
603-89256067 (FAKS)
Email: helpdeskptsl@ukm.edu.my