Waktu pembukaan Perpustakaan Undang-undang
Isnin – Jumaat: 8.30 Pagi – 7.00 Petang (Buka) | Jumaat: 12.15 Tengahari – 2.45 Petang (Tutup)
Sabtu dan Ahad : 8.00 Pagi – 5.00 Petang (Buka)
Sabtu Minggu Pertama dan Cuti Umum (Tutup )
Perpustakaan Undang-Undang
Sejarah penubuhan Perpustakaan Undang-Undang bermula dengan penubuhan cawangan dan koleksinya pada bulan Mac 1985 di Perpustakaan Tun Seri Lanang. Kini cawangan ini telah memperolehi bangunannya sendiri dan mula beroperasi sebagai Perpustakaan Cabang pada bulan Jun 1996. Penubuhan Perpustakaan Undang-Undang adalah untuk menampung keperluan pelajar dan pensyarah Fakulti Undang-Undang di samping memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang memerlukan bahan undang-undang. Pada dasarnya Perpustakaan Undang-Undang memiliki koleksi yang terdiri dari statut, laporan undang-undang, bahan terbitan bersiri, buku teks dan buku am undang-undang. Selain dari itu, Perpustakaan Undang-Undang juga memiliki Koleksi Hooker, latihan ilmiah oleh pelajar-pelajar Fakulti Undang-Undang dan Koleksi Pandang Dengar.
Hebahan@PUU
Sumber Maklumat
Pelanggan boleh mengakses pangkalan data e-jurnal, e-buku, e-prosiding, e-tesis dan sebagainya dari dalam dan luar kampus. Login menggunakan ID & Katalaluan SMPWEB / EWARGA
Terdiri dari bahan perpustakaan dalam format digital seperti tesis
Pangkalan Data
Institut Maklumat Perundangan (Akses Percuma)
- World Legal Information Institute
- Commonwealth Legal Information Institute
- Asian Legal Information Institute
- Australian Legal Information Institute
- British and Irish Legal Information Institute
- Southern African Legal Information Institute
- Indiakanoon
- CommonLII
- Singapore Statutes Online
- International Labour Organization
- Singapore-Legal Abbreviations
- Cardiff Index To Legal Abbreviations
- LibGuides
- PPV
- I-Quest
- TEMAN
- Portal Sehenti PUU
- Sistem Soal Selidik & Kajian Kepuasan Pelanggan
- Tabung Derma Perpustakaan UKM
- Sistem Tempahan Bilik Diskusi
- PUU Drive-Thru
- PTSL Drive-Thru
- Post@puu
- PTSL Perkhidmatan D2D
- Fakulti Undang-undang
- Soalan Lazim
- Kalendar Perpustakaan
- Buku Panduan Perpustakaan
- Lain-lain Pautan
Media
Indeks Statut@PUU Memudahkan pencarian statut dengan mengindeks semua bahan statut lama dari tahun 1881 hingga 1959
Koleksi
Koleksi Am
Koleksi Am ialah buku undang-undang yang boleh dipinjam oleh pelanggan dan diletakkan di rak terbuka Aras 1. Nombor panggilan untuk koleksi ini diberi awalan ‘2C’. Terdapat juga buku bukan undang-undang yang ditempatkan di Perpustakaan Undang-Undang. Buku-buku ini juga ditempatkan di rak terbuka Aras 1 dan diberi awalan ’21’.
Koleksi Rujukan
Bahan-bahan rujukan diberi awalan ‘ruj’ dan bahan-bahan bibliografi dan indeks pula diberi awalan ‘ZZ’. Koleksi ini ditempatkan di Aras 1 berhadapan dengan Kaunter Pinjaman/Pemulangan. Koleksi ini terdiri dari indeks, bibliografi, kamus, buku tahunan, contoh borang mahkamah dan lain-lain. Koleksi ini hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja.
Koleksi Statut
Bahan-bahan yang dikelaskan sebagai statut adalah akta, akta pindaan, ordinan, perundangan/peraturan, enakmen, warta kerajaan dan perbahasan parlimen. Bahan-bahan ini ditempatkan di Aras 2 dan diberi awalan ‘A’. Koleksi ini hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja.
Koleksi Laporan Undang-undang
Laporan Undang-Undang terdiri daripada koleksi kes-kes mahkamah yang dilaporkan atau tidak dilaporkan dan ‘digest’. Di antara Laporan Undang-Undang yang terdapat di perpustakaan seperti Malayan Law Journal (MLJ), English Reports, The All India Reporter dan sebagainya. Bahan-bahan ini ditempatkan di Aras 2 dan di beri awalan ‘2B’. Koleksi ini hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja.
Koleksi Jurnal Undang-Undang
Jurnal undang-undang kini dan kebelakangan disusun di rak mengikut abjad judul. Senarai judul jurnal ditampal di bahagian depan panel rak untuk membantu pelanggan mengesan judul dengan cepat. Di antara jurnal undang-undang yang terdapat di perpustakaan seperti Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, Jurnal Hukum, Jurnal Syariah, Comparative Law Journal dan sebagainya. Koleksi jurnal undang-undang ini ditempatkan di Aras 2 dan hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja.
Koleksi Bahan Seminar
Bahan-bahan seminar berkaitan undang-undang yang diterbitkan dan yang tidak diterbitkan ini diberi awalan ‘2 sem’ dan diikuti dengan ‘C’. Bahan-bahan ini di tempatkan di Koleksi Rujukan, Aras 1. Koleksi ini hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja.
Koleksi Tesis/ Latihan Ilmiah
Bahan-bahan ini adalah untuk rujukan sahaja dan ditempatkan di Bilik Fakulti, Aras 1 Perpustakaan Undang-Undang. Pelanggan perlu merujuk Senarai Tajuk Latihan Ilmiah yang disediakan di Kaunter Pinjaman/Pemulangan. Sekiranya tajuk yang dikehendaki terdapat dalam senarai tersebut, pelanggan perlu memaklumkan kepada staf untuk mendapatkan kebenaran merujuknya di Bilik Fakulti. Selain itu, bahan ini juga turut terdapat dalam bentuk mikrofis/mikrofilem.
Kolesi Hooker
Koleksi ini merupakan koleksi tertutup dan ditempatkan di Bilik Koleksi Hooker, Aras 2. Bahan-bahan ini dahulunya merupakan koleksi Prof. M.B. Hooker, seorang pengkaji undang-undang adat. Setiap bahan diberi awalan ‘23’ pada nombor panggilannya. Bahan ini adalah untuk rujukan sahaja dan pelanggan tidak boleh membawa keluar bahan dari bilik tersebut.
Koleksi YM Raja Aziz Addruse
Koleksi ini terdiri daripada jurnal, laporan Undang-undang, statut dan buku sumbangan Puan Catherine Addruse, isteri kepada Allahyarham YM Raja Aziz Addruse. Allahyarham merupakan seorang peguam yang terkenal dengan prinsip kemanusiaan dan telah dipilih sebagai Yang Dipertua Majlis Peguam sebanyak 3 kali. Koleksi ini ditempatkan di ruang khas di Aras 2 dan hanya boleh dirujuk di ruang tersebut sahaja.
Koleksi YM Tengku Ahmad Rithauddeen
Koleksi ini ditempatkan di Bilik Fakulti Perpustakaan dan merupakan koleksi sumbangan YM Tengku Ahmad Rithauddeen bin Tengku Ismail, mantan Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia. Koleksi ini hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja.
Koleksi Undang-undang ASEAN
Koleksi ini dibangunkan mulai 2013 dan terdiri daripada buku berkaitan Undang-undang negara ASEAN yang ditempatkan di Ruang Santai Perpustakaan. Bahan ini diberi awalan ‘22’ dan boleh dipinjam.
Perkhidmatan
PELAJAR DAN KAKITANGAN UKM
Bil | Kategori | Kemudahan Pinjaman / Had Pinjaman/ Masa | |
Koleksi Am | Koleksi Tanda Merah (TM) | ||
1. | Pelajar Prasiswazah | 7 buah/ 14 hari | 1 buah/ 3 hari |
2. | Pelajar Pascasiswazah | 20 buah/ 40 hari | 1 buah/ 7 hari |
3. | Ahli Akademik (termasuk Ahli Akademik Kontrak) | 25 buah/ 60 hari | 1 buah/ 14 hari |
4. | Ahli Akademik/ Tutor/ Felo (Sambilan/ Pelawat) | 10 buah/ 30 hari | 1 buah/ 14 hari |
5. | Pegawai Universiti | 25 buah/ 60 hari | 1 buah/ 14 hari |
6. | Kakitangan Sokongan | 5 buah/ 14 hari | 1 buah/ 14 hari |
7. | Keahlian Kehormat – sumbangan RM6,000.00 (staf UKM) atau sumbangan RM10,000.00 (pihak luar) atau sumbangan 500 naskhah buku | 25 buah/ 60 hari | 1 buah/ 14 hari |
8. | Permata Pintar | 3 buah/ 14 hari | 1 buah/ 3 hari |
9. | Asasi Pintar | 5 buah/14 hari | 1 buah/ 3 hari |
AHLI LUAR PERPUSTAKAAN UKM
Bil | Kategori | Kemudahan Pinjaman / Had Pinjaman/ Masa | |
Koleksi Am | Koleksi Tanda Merah (TM) | ||
1. | Ahli Akademik/ Pelajar IPT Awam | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
2. | Ahli Akademik/ Pelajar IPT Swasta | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
3. | Pelajar Luar Negara | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
4. | Kakitangan Kerajaan | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
5. | Ahli Korporat Institusi (10 orang) | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
6. | Orang Perseorangan | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
7. | Pesara UKM | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
8. | ALUMNI UKM | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
9. | Ahli Keluarga Kakitangan UKM | 2 buah/ 14 hari | Tidak ditawarkan |
DENDA LEWAT MEMULANGKAN BUKU
Kadar denda bagi sebuah buku adalah seperti berikut:
- Koleksi Am 30 sebuah buku sehari
- Koleksi Tanda Merah 00 sebuah buku sehari
Denda yang dikira tidak termasuk hari cuti (perpustakaan ditutup)
DENDA MENGHILANGKAN BUKU
Denda akan dikenakan seperti berikut:
- Menggantikan buku yang sama atau edisi terbaharu berserta wang proses RM100.00 ATAU mengganti buku yang sama subjek dan wang proses RM100.00 ATAU membayar harga buku berkenaan (harga semasa) dan wang proses RM100.00.
- Denda lewat pemulangan buku (jika ada).
Keahlian Pelajar dan Kakitangan UKM
Bil | Kategori | Yuran Tahunan (RM) – SEPENUH MASA | |
RUJUKAN | PINJAMAN | ||
1 | Pelajar Prasiswazah (Warganegara) | PERCUMA | 50.00 |
2 | Pelajar Prasiswazah (Bukan Warganegara) | PERCUMA | 70.00 |
3 | Pelajar Pascasiswazah (Sarjana & PhD) (Warganegara) termasuk dari Pusat Kembangan Pendidikan | PERCUMA | 150.00 75.00 (SEPARUH MASA) |
4 | Pelajar Pascasiswah (Sarjana & Phd) (Bukan Warganegara) termasuk dari Pusat Kembangan Pendidikan | PERCUMA | 200.00 100.00 (SEPARUH MASA) |
5 | Ahli Akademik (termasuk Ahli Akademik Kontrak) | PERCUMA | 50.00 – 70.00 |
6 | Ahli Akademik/ Tutor/ Felo* (Sambilan/ Pelawat) | PERCUMA | 75.00 – 200.00 |
7 | Pegawai Universiti | PERCUMA | PERCUMA |
8 | Kakitangan Sokongan | PERCUMA | PERCUMA |
9 | Permata Pintar | PERCUMA | PERCUMA |
10 | Asasi Pintar | PERCUMA | 100.00 |
* Mesti sertakan surat pengesahan/ lantikan Universiti/ Jabatan
Keahlian Luar Perpustakaan
Bil. | Kategori | Yuran Tahunan (RM) | Kelayakan Keahlian Berbayar | ||
Rujukan | Pinjaman | Kemudahan | |||
1. | Ahli Akademik/ Pelajar IPT Awam/ Swasta* (Ahli PERPUN) |
| |||
Keahlian Rujukan | Percuma | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | RM100.00 | √ | √ | √ | |
2. | Ahli Akademik/ Pelajar IPT/ Swasta * (bukan Ahli PERPUN) | ||||
Keahlian Rujukan | RM100.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | RM200.00 | √ | √ | √ | |
3. | Pelajar Luar Negara* | ||||
Keahlian Rujukan | RM200.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | RM400.00 | √ | √ | √ | |
4. | Kakitangan Kerajaan* |
| |||
Keahlian Rujukan | Percuma | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | RM100.00 | √ | √ | √ | |
5. | Ahli Korporat Institusi (10 orang) | ||||
Keahlian Rujukan | RM2,000.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | RM4,000.00 | √ | √ | √ | |
6. | Pesara UKM |
| |||
Keahlian Rujukan & Pinjaman | Percuma | √ | √ | X | |
7. | Keahlian Kehormat – Sumbangan RM6,000.00 (staf UKM) atau sumbangan RM10,000.00 (pihak luar) atau sumbangan 500 naskah buku |
| |||
Keahlian Rujukan & Pinjaman | Percuma | √ | √ | √ | |
8. | Alumni UKM |
| |||
Keahlian Rujukan | Percuma | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | RM100.00 | √ | √ | √ | |
9. | Orang Perseorangan | ||||
Keahlian Rujukan | RM200.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | RM400.00 | √ | √ | √ | |
10. | Ahli Keluarga Kakitangan UKM |
| |||
Keahlian Rujukan | Percuma | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | RM10.00 | √ | √ | √ | |
11. | Ahli Harian |
| |||
Keahlian Rujukan | RM20.00 | √ | X | √ | |
Keahlian Pinjaman | Tiada | Tiada | Tiada | Tiada | |
12. | Pelajar Sekolah Menengah |
| |||
Keahlian Rujukan | Membawa surat kebenaran daripada pihak sekolah | √ | X | X | |
Keahlian Pinjaman | Tiada | Tiada | Tiada | Tiada |
*Sila bawa kad matrik/surat pengesahan/pengenalan diri daripada perpustakaan/jabatan/institusi masing-masing.
Perpustakaan Undang-Undang menyediakan perkhidmatan ini bagi membantu pelanggan mendapatkan bahan atau maklumat dalam bidang yang berkaitan dengan undang-undang. Pelanggan yang ingin mendapatkan rujukan ataupun khidmat nasihat boleh merujuk terus ke Unit Perkhidmatan Maklumat, Aras 2.
Untuk menyokong perkhidmatan ini, Perpustakaan Undang-Undang menyediakan beberapa pangkalan data iaitu:
Pangkalan Data yang Dilanggan
- Bankruptcy Handbook: Forms on Disc
- British Company Law Library
- British Tax Guide
- CCH Electronic Library
- Encyclopaedia of Forms and Precedents on CD-ROM
- Halsbury’s Laws Consolidated Index
- Justice
- Malaysian Court Forms in Civil Proceedings
- Mallal’s Digest on CD-ROM
- Refworld
- Singapore and Malaysian Case Law Libraries
- Statute of Malaysia on CD-ROM
Pelanggan boleh meminjam atau mendapatkan bahan-bahan yang tidak terdapat di Perpustakaan Undang-Undang dari institusi lain dari dalam dan luar negara. Antara Perpustakaan yang menyertai sistem ini termasuklah British Library, semua Perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), semua perpustakaan yang menjadi ahli Sistem Pembekalan Penerbitan yang dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan perpustakaan dari institusi lain yang dicadangkan oleh pelanggan.
Kelayakan Memohon
Keutamaan mendapatkan perkhidmatan ini diberi kepada ahli akademik/ikhtisas/pentadbiran, pelajar pasca siswazah dan pelajar-pelajar tahun akhir Perpustakaan Undang-Undang.
Cara Memohon
Pelanggan diminta mengisi borang permohonan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) melalui sistem iQuestdengan memberi maklumat yang lengkap dan tepat mengenai bahan yang diperlukan. Permohonan akan diproses oleh kakitangan bertanggungjawab dan dihantar ke institusi dalam negeri dan juga ke luar negara. Pemohon akan dikenakan bayaran kos bahan yang dibekalkan serta bayaran perkhidmatan.
Jangkamasa Penerimaan Bahan
Jangkamasa penerimaan bahan ialah di antara 1 minggu hingga 2 minggu. Pelanggan akan dihubungi melalui e-mel atau telefon sekiranya bahan telah diterima daripada institusi pembekal. Tempoh pinjaman bahan tersebut pula adalah selama 2 minggu.
Bayaran Perkhidmatan1. Bahan dari Dalam Negara
PERCUMA untuk semua permohonan artikel dan buku.
2. Bahan dari Luar Negara (British Library)
a. Ahli Akademik
Bahan | Bayaran |
Artikel | PERCUMA untuk 5 artikel setahun |
Buku | RM20.00 per buku |
b. Pelajar Pra Siswazah Tahun Akhir dan Pasca Siswazah
Bahan | Bayaran |
Artikel | PERCUMA untuk 3 artikel setahun |
Buku | RM20.00 per buku |
Kursus Kemahiran Maklumat Undang – Undang
Perpustakaan Undang – Undang menawarkan perkhidmatan bimbingan dan pendidikan kepada pelanggan perpustakaan. Matlamat utama adalah untuk membina kemahiran mengakses pelbagai bahan dan sumber maklumat secara berkesan serta membimbing pelanggan supaya mampu mengguna bahan dan perkhidmatan perpustakaan khususnya sumber bahan undang – undang dengan cekap, berkesan dan berdikari. Kursus ditawarkan kepada semua pelajar dan kakitangan UKM. Kursus ini mengandungi 3 modul iaitu :
UK1011: Kursus Kemahiran Maklumat Sumber Elektronik
UK1011: Kursus Kemahiran Maklumat Sumber Bercetak (sila klik untuk muat turun modul)
LS583: Kursus Kemahiran Maklumat Perisian Bibliografi Endnote (penekanan kepada gaya footnote FUU)
Pendaftaran
Semua urusan pendaftaran kursus boleh dibuat melalui Meja Penasihat Pembaca, Aras 1 ATAU di kaunter Pinjaman dan Pemulangan Aras 1, Perpustakaan Undang – Undang
Hasil daripada maklumbalas pelanggan, Aras 2 Perpustakaan Undang-Undang telah dijadikan zon senyap. Pewujudan son senyap ini bertujuan menyediakan ruang yang kondusif untuk membuat rujukan, penyelidikan, tugasan serta mengulangkaji pelajaran. Perbincangan secara berkumpulan hanya dibenarkan di bilik-bilik perbincangan dan juga di Aras 1 sahaja.
Kemudahan
Perpustakaan Undang-Undang menyediakan 3 Bilik Perbincangan yang terletak di Aras 2. 2 daripadanya disediakan untuk pelajar Pra-Siswazah manakala sebuah lagi dikhaskan untuk pelajar Pasca Siswazah. Pelanggan boleh menggunakan bilik-bilik ini dengan mendaftar/menempah di Kaunter Pinjaman/Pemulangan, aras 1 dan tempoh yang dibenarkan untuk menggunakannya adalah selama 2 jam sahaja. Sekiranya tiada tempahan yang dibuat oleh pelanggan lain untuk 2 jam berikutnya, lanjutan tempoh penggunaan boleh dipanjangkan dengan memaklumkan kepada staf yang bertugas di Kaunter Pinjaman/Pemulangan, aras 1.
Perpustakaan Undang-Undang juga menyediakan kemudahan bilik tayangan kepada pelanggan. Kemudahan ini yang terletak di aras 2 dilengkapi dengan alat pandang dengar untuk kegunaan pelanggan terutamanya pensyarah FUU yang ingin menggunakanya sebagai kelas. Namun selain pensyarah, pelajar juga dibenarkan untuk menggunakannya bagi tujuan perbincangan. Pelanggan yang ingin menggunakan/menempah bilik tersebut perlu merujuk Kaunter Pinjaman/Pemulangan dengan mengisi buku log dan meninggalkan kad matrik. Selain itu, bilik ini juga digunakan untuk tujuan rasmi seperti lawatan dari institusi luar dan sebagainya.
Perpustakaan Undang-Undang turut menyediakan Ruang Bacaan Ringan kepada pelanggan yang terletak di aras 1. Di ruang ini dilengkapi dengan kemudahan suratkhabar untuk pelanggan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, The Stars, News Straits Times, Tamil Nesan dan Nanyang Siang Pau. Selain itu, perpustakaan juga menyediakan bahan bacaan majalah popular seperti Wanita, Dewan Masyarakat dan sebagainya.
Perpustakaan Undang-Undang turut menyediakan kemudahan Wifi kepada pengguna. Kemudahan ini meliputi keseluruhan bangunan perpustakaan dan kawasan sekitarnya. Kemudahan ini disediakan bertujuan untuk menampung jumlah komputer yang terhad disamping memudahkan pengguna perpustakaan melakukan pencarian maklumat dengan menggunakan komputer riba sendiri. Kemudahan Wifi ini juga disediakan secara percuma dan pengguna boleh menggunakannya tanpa had pada bila-bila masa yang diperlukan.