Majlis Ibadah Korban Universiti Kebangsaan Malaysia 1438H/ 2017M

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Ibadah Korban & Aqiqah UKM bagi tahun 1438H/2017M akan diadakan pada 4 September 2017 (Isnin). Sehubungan itu, pihak Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia ingin mempelawa warga UKM dan ahli kariah Masjid Universiti untuk menyertai Ibadah Korban dan Akikah pada tahun ini. Bayaran penyertaan terbuka kepada 2 kategori seperti berikut:-

Lembu Gred A (Berat hidup 251 kg – 280 kg) – RM 700.00 bagi 1 bahagian.

Lembu Gred B (Berat hidup 221 kg – 250 kg) – RM 650.00 bagi 1 bahagian.

RM 50.00 daripada bayaran penyertaan setiap bahagian adalah merupakan wang pengurusan majlis. Untuk penyertaan sila muat turun borang penyertaan berikut:

Borang Penyertaan Ibadah Korban dan Akikah UKM 1438H/ 2017M.

Sila hantar borang penyertaan ke Kaunter Pejabat Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik Sarazzin Zulkapli Zulkapli di talian 03-8921 5404 atau Ustaz Mohammad Hafiz Othoman di talian 03-8921 5432.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Ogos 2017.