Pertandingan Tilawah Al-Quran Kampus Kuala Lumpur Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur akan mengadakan Pertandingan Tilawah Al-Quran sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun HCTM.
Pertandingan ini diadakan bagi mencungkil bakat dalam bidang tilawah daripada kalangan kakitangan HCTM dan KKL serta menyediakan Qari / Qariah untuk majlis rasmi.
Syarat-syarat pertandingan adalah : Durasi video 3-4 minit Video asal tanpa disunting
Penyertaan terbuka kepada Staf UKM KKL sahaja
Hadiah pemenang :
Tempat pertama : RM300
Tempat kedua : Rm150
Tempat ketiga : RM100
Saguhati :RM30 (Kepada 7 pemenang)
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 03-9145 6873/5519 Pertandingan Tilawah Al-Quran Kampus Kuala Lumpur Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun
Tarikh Acara : Mula: 10/03/2022 Tamat: 27/03/2022
Masa Acara : Mula: 08:00 Pagi Tamat: 05:00 Petang
Tempat : Secara atas talian