KEMPEN DERMA DARAH & PEMERIKSAAN KESIHATAN DI MASJID UNIVERSITI

Yayasan Canselor dengan kerjasama Pusat Islam UKM akan menganjurkan Kempen Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan secara percuma sempena Sambutan Bulan Wakaf Wanita 2022.

Program ini akan bermula pada 23 dan 24 Mac 2022 (Rabu dan Khamis) bertempat di Perkarangan Masjid UKM.
Sehubungan itu, dijemput semua warga UKM untuk hadir bersama-sama memeriahkan program tersebut.

Bagi warga yang berhasrat untuk membuat sumbangan wakaf, bayaran zakat & sedekah. Kaunter zakat UKM, Kaunter wakaf di perkarangan Masjid Universiti & sedekah di kaunter pusat islam UKM juga akan dibuka sepanjang program.