Penanda Aras Pusat Islam UKM (Benchmarking Visit) ke Masjid Ar-Rahimah (Pengurusan Organisasi Cemerlang 2019 Peringkat Wilayah Persekutuan)

5 Julai 2022 – Alhamdulillah selesai bertukar maklumat dan perbincangan antara Pusat Islam UKM dengan Jawatankuasa Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Majlis ini bertujuan bertukar maklumat, meneliti peluang kerjasama antara kedua-dua belah pihak dan mendapatkan input serta idea baharu dalam pengendalian urus tadbir semasa hal ehwal Islam.
Pusat Islam universiti bersama Masjid Ar-Rahimah bersedia dan bebesar hati untuk memberikan sebarang kerjasama yang diperlukan akan datang. InshaAllah