Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat UKM

Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat UKM hari ini, di Persada Canselori. Majlis yang dimulakan dengan perbarisan masuk badan beruniform dari Pusat Kesatria UKM itu diadakan secara sederhana namun meriah.
Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat UKM ini diadakan bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan yang bertemakan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”.
Turut hadir YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM; YBhg. Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat; YBhg. Prof. Dr. Mohammad Kassim, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa; YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi; YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni; YBhg. Prof Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur); YBhg. Prof. Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat); YBhg. Prof. Dr. Norhamidi Muhamad, Pro-Naib Canselor (Penjanaan & Prasarana); YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla, Pendaftar UKM; Encik Mohd Azli bin Mohd Kasirun, Bendahari UKM dan Cik Rohaya Umar, Ketua Pustakawan serta kakitangan dan pelajar-pelajar UKM.