Galeri Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman menghadiri program UKM Berqasidah: Malam Cinta Allah & Rasul UKM yang berlangsung di Masjid Universiti, semalam. Program dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah sebelum diteruskan dengan bacaan Selawat & Qasidah yang dipimpin oleh kumpulan Nasyid UNIC. Turut hadir adalah Prof. Dr. Mohammad Kassim, Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa; Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin, TNC Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat; Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, TNC Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni; Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi; Prof. Dr. Norhamidi Muhamad, Pro Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) dan Pendaftar UKM, Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla. #SesiAkademik20232024 #MingguApresiasiWatan #MAW #UniversitiWatanKita #UKM #UKMSharing 03/10/2023 Media UKM LAWATAN TAPAK BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJILARI SISTEM AUDIO DI MASJID, PUSAT ISLAM, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, SELANGOR DARUL EHSAN. 10 Ogos 2023- Alhamdulillah pagi ini berlangsung lawatan kerja oleh Pengarah Pusat Islam, Dr. Wan Haslan Khairudin dengan diiringan Timbalan Pengarah, Dr. Abu Dardaa Mohamad ke pejabat Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor bagi membincangkan beberapa perkara serta kerjasama yang boleh dijalankan. Semoga usaha yang baik ini memberikan kebaikan dan hasil yang baik bagi kedua-dua pihak. Persinggahan anak-anak Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Selayang ke Masjid UKM sebelum menuju ke Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) dan beberapa destinasi lain.Lihatlah alam ini dengan lebih luas. Semoga Allah SWT sentiasa memandu anak-anak kecil ini menuju kejayaan. 🤲🏻 Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Nurhidayah Bahar atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah III Pusat Islam UKM berkuatkuasa 1 Ogos 2023. Tulus ikhlas daripada pengarah serta seluruh warga kerja Pusat Islam UKM PERSEDIAAN KEMERDEKAAN 31 OGOS 2023 4 Ogos 2023 – Pusat Islam Universiti sedang giat melaksanakan aktiviti pemasangan Jalur Gemilang disekitar kawasan Masjid UKM bagi menaikan semangat patriotik dikalangan warga UKM. Justeru, pusat Islam menyeru kepada seluruh warga UKM serta komuniti setempat untuk menunjukkan semangat patriotik anda dengan memasang atau mengibarkan jalur gemilang dikediaman, kenderaan serta lain-lain tempat yang bersesuaian. #KibarkanJalurGemilang #Merdeka2023 1 Ogos 2023 | Pontian : Bahagian Zakat, Pusat Islam dan Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP) UKM berkesempatan menziarahi keluarga pelajar di kediamannya bagi melihat keadaan dan keperluan bapanya yang diuji dengan sakit strok sejak tiga tahun lepas. Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar , Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman dan Pengarah Pusat Islam, Dr. Wan Haslan Khairuddin bersama-sama dalam lawatan ini. Turut diberikan beberapa sumbangan kepada keluarga pelajar bagi meringankan beban perbelanjaan harian mereka. Didoakan semoga bapa pelajar diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan keluarga pelajar. Amin 01/08/2023 TERIMA KASIH! Pusat Islam UKM mengucapkan jugaan terima kasih kepada Yayasan Budi Ihsan Malaysia di atas sumbangan dan agihan daging korban sejuk beku bagi tahun 2023. Semoga segala gerak kerja yang baik ini mendapat ganjaran terbaik di sisi Allah S.W.T TEMUDUGA BIASISWA BANK PEMBANGUNAN MALAYSIA BERHAD (BPMB) 28 Julai 2023 – Assalamualaikum wbt, urusetia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli panel biasiswa Bank Pembangunan Malaysia Berhad terutamanya: Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Bin Othman Ahli Jawatankuasa Tabung Amanah Zakat UKM (Panel 1) Tuan Haji Mohd Yazid Bin Sabtu Ahli Jawatankuasa Agihan Zakat UKM (Panel 2) Wakil, Puan Suraya Binti Abdul Hamid Dr. Wan Haslan Bin Khairuddin Ahli Jawatankuasa Tabung Amanah Zakat UKM (Panel 3) Dr. Abu Dardaa Bin Mohamad Ahli Jawatankuasa Agihan Zakat UKM (Panel 4) Encik Muhammad Tajuddin Bin Abdul Rahim Setiausaha Tabung Amanah Zakat UKM (Panel 5) Encik Ahmad Hairi Rabbani Bin Ahmad Puhad Setiausaha Dua Agihan Zakat UKM (Panel 6) serta 2 orang wakil daripada BPMB yang terlibat daripada mula sehingga sesi akhir temuduga calon biasiswa BPMB. Selain itu, sesi pertama telah dihadiri seramai 25 calon dan hanya 13 calon yang dipilih untuk saringan sesi ke dua. Walau bagaimanapun hanya 10 calon yang akan dipilih sebagai penerima biasiswa tersebut. Semoga semua sentiasa dirahmati dan diberkati. Terima kasih 29/07/2023 FORUM PERDANA MAAL HIJRAH 1445H – KETELITIAN STRATEGIK, PEMANGKIN PERUBAHAN Assalamualaikum wbt, Seluruh warga UKM serta komuniti setempat, Pusat Islam UKM dengan kerjasama Surau Al-Kauthar , Bandar Baru Bangi mempelawa anda semua untuk mengimarahkan program yang dianjurkan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 29 Julai 2023 Masa : selepas magrib Tempat : Dewan solat utama Surau Al-Khauthar Bandar Baru Bangi Moderator : Us. Khairil Khuzairi Omar Ketua Bahagian Dakwah Pusat Islam UKM turut merangkap Nazir Masjid Al-Umm. Panel 1 : Da’i Hazman Yani Panel 2 : IM Aran Pusat Islam UKM Surau Al-Kauthar, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. 29/07/2023 Catatan Lama