1 Ogos 2023 | Pontian : Bahagian Zakat, Pusat Islam dan Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP) UKM berkesempatan menziarahi keluarga pelajar di kediamannya bagi melihat keadaan dan keperluan bapanya yang diuji dengan sakit strok sejak tiga tahun lepas. Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar , Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman dan Pengarah Pusat Islam, Dr. Wan Haslan Khairuddin bersama-sama dalam lawatan ini. Turut diberikan beberapa sumbangan kepada keluarga pelajar bagi meringankan beban perbelanjaan harian mereka. Didoakan semoga bapa pelajar diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan keluarga pelajar. Amin
01/08/2023 |