Pertandingan Merekacipta Poster InfoGrafik

Assalamua’laikum w.b.t.

Bagi menyemarakkan lagi Ramadhan 1438H, Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Merekacipta Poster InfoGrafik bertemakan Al-Quran Al-Karim. Syarat dan terma pertandingan adalah seperti berikut:

TEMA DAN KANDUNGAN

  • Tema pertandingan ialah AL-QURAN AL-KARIM. Poster hendaklah mengandungi maklumat berkaitan AL-QURAN AL-KARIM. Penilaian akan dibuat daripada aspek:
  1. Illustrasi / Grafik
  2. Maklumat
  3. Kreativiti Persembahan dan layout
  • Poster boleh mengandungi:
  1. Illustrasi
  2. Grafik
  3. Gambar foto
  4. Ayat al-Quran dan terjemahannya
  5. Hadith dan terjemahannya
  6. Kata-kata Para Ulama dan Sarjana Muslim
  7. Fakta-fakta lain yang diperakui kebenarannya dan mempunyai kaitan dengan al-Quran al-Karim

KELAYAKAN

  • Penyertaan dibuka kepada semua warga Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Peserta hanya boleh menghantar satu karya sahaja.

MEDIA

  • Peserta diberi kebebasan untuk menghasilkan karya digital atau bukan digital berbentuk infografik bertemakan AL-QURAN AL-KARIM.
  • Bahasa pengantara:
  1. Bahasa yang digunakan di dalam karya mestilah Bahasa Malaysia dan mesti difahami oleh ahli masyarakat secara umum. Jika megandungi al-Quran dan Hadith, hendaklah diterjemahkan
  2. Penyertaan hasil karya yang menggunakan bahasa slanga (slang) atau ayat yang mempunyai makna tersembunyi (double meaning) akan disingkirkan secara automatik, mengikut budi bicara pihak penganjur.

ETIKA BERKARYA

  • Peserta mestilah memastikan hasil karya menghormati keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Panel juri berhak untuk menyingkir sesuatu hasil karya yang berunsur provokasi, politik, atau menyentuh sensitiviti sesuatu kaum, agama dan fahaman.
  • Panel juri berhak untuk menyingkir sesuatu hasil karya yang didapati bersifat lucah, jelik atau tidak wajar.

PENYERTAAN

  • Karya yang dihasilkan untuk pertandingan ini hendaklah karya asli peserta dan tidak pernah diterbitkan.
  • Karya  hendaklah berdasarkan tema AL-QURAN AL-KARIM
  • Hasil karya hendaklah dihantar kepada pihak penganjur dalam bentuk:

Salinan lembut (soft copy) dalam format dan resolusi asal vector dan juga JPEG melalui serahan CD atau pindahan thumbdrive di Pusat Islam UKM.

  • Saiz dan dimensi hasil karya beresolusi tinggi (final artwork) bagi karya terpilih ialah seperti berikut:

Size: 23.39” x 33.11” (594mm x 841mm) (A1)

Resolusi: 150 dpi ke atas

Orientasi: Bebas

  • Fail digital hasil karya yang dihantar bagi tujuan pertandingan ini perlu dinamakan dengan nama penuh peserta dan nombor matrik.
  • Dengan menghantar hasil karya untuk penyertaan pertandingan, peserta dianggap telah bersetuju dengan semua terma dan syarat pertandingan.

PENGUMUMAN PEMENANG

  • Keputusan juri adalah muktamad.

HAK MENGGUNA

  • Hasil karya yang dihantar akan menjadi hak milik mutlak Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Peserta tidak dibenarkan untuk memperniaga hasil karya untuk apa-apa tujuan setelah karya dihantar kepada pihak penganjur.
  • Setiap penyertaan yang diterima tidak akan dikembalikan dan hasil karya yang telah dihantar untuk penyertaan kepada pihak penganjur tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan yang lain.

PENAFIAN

  • Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.
  • Pihak penganjur mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati poster yang dihantar adalah tidak asli, diplagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.
  • Pihak penganjur juga boleh mengambil tindakan terhadap peserta bagi kesalahan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh peserta atas dakwaan hasil karya tiruan.
  • Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas hasil karya yang dipertandingkan sekiranya hasil karya tersebut terlibat dalam apa-apa masalah perundangan.
  • Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta mengakui dan membuat representasi bahawa setiap elemen di dalam hasil karya tersebut tidak melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga dan/atau apa-apa undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.
  • Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta bersetuju membebaskan pihak penganjur dari apa-apa tindakan undang-undang yang disebabkan oleh hasil karya tersebut.

PINDAAN TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

Pihak penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat pertandingan ini pada bila-bila masa, sekiranya difikirkan patut dan perlu.
Terbuka kepada seluruh kakitangan dan pelajar UKM

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi – 03 8921 5404 atau Whatsapp – 0176608059