BORANG SOAL SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN PUSAT ISLAM UKM 2024
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Datuk/ Tuan/ Puan,
Pusat Islam dengan sukacitanya menjemput YBhg. Prof./ Dato’/ Datuk/ Datin/Tuan/ Puan untuk mengisi borang soal selidik kepuasan dan maklum balas pelanggan seperti di Link yang berikut:
https://forms.gle/Pu5XsULjAvpLDb7u8
Tujuan soal selidik ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklum balas mengenai perkhidmatan yang telah diberikan oleh Pusat Islam UKM kepada pelanggan kami. Diharap maklum balas yang diberikan dapat dijadikan input penambahbaikan kualiti perkhidmatan di Pusat Islam UKM. Kajian ini dilaksanakan sehingga 29 Disember 2024.
Pihak Pusat Islam mengucapkan ribuan terima kasih atas perhatian, masa dan kerjasama yang pihak YBhg. Prof. Dato’/ Prof./ Datuk/ Tuan/ Puan berikan.