JOM HIDUPKAN 10 MALAM TERAKHIR

Ayuhlah kita sama-sama memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadan ini dengan meningkatkan produktiviti kita dengan amal ibadah yang terbaik untuk kita persembahkan pada Allah SWT.
Umm al-Mukminin Aisyah R.A. meriwayatkan perlakuan Nabi SAW bila saat datangnya 10 malam terakhir Ramadan.
Beliau berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ
“Nabi SAW apabila masuknya hari 10 terakhir Ramadan, Baginda akan mengetatkan kain, menghidupkan malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk turut menghidupkan malam).”
[Riwayat al-Bukhari]