| JOM SEDEKAH SECARA POTONGAN GAJI KEPADA MASJID UKM / PUSAT ISLAM KKL |
Pusat Islam mengadakan Kempen Sedekah Melalui Potongan Gaji (Bulanan) Bermula Dengan Serendah RM10.00 bertujuan untuk menggalakkan semua warga UKM menyumbang bagi menjayakan program-program dan aktiviti pengimarahan Masjid UKM / Pusat Islam KKL yang diadakan sepanjang tahun.
Masjid UKM / Pusat Islam KKL berfungsi sebagai pusat sehenti bagi segala aktiviti yang berkaitan hal ehwal Islam seperti sambutan hari-hari kebesaran Islam, kebajikan pelajar dan kakitangan, program kemasyarakatan, kesukarelawanan, program dakwah, pengimarahan masjid / surau, pembangunan dan seumpamanya.
Oleh kerana perbelanjaan yang tinggi dalam menampung kos pengurusan dan aktiviti Masjid UKM / Pusat Islam KKL, kami sekali lagi mempelawa Warga UKM untuk membuat potongan sedekah melalui potongan gaji (SPG) bagi tujuan yang dinyatakan tersebut. Semoga diberkati segala amal jariah kita.
“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang daripada kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu “Wahai tuhanku!, Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat menjadi orang-orang yang soleh”
(Surat Al-Munafiqun Ayat 10)
—————————————————————————————
Untuk makluman semua warga UKM, orang awam & masyarakat yang berbesar hati ingin bersedekah/ menyumbang.
Pihak Pusat Islam UKM juga menyediakan kaedah pembayaran melalui cara dibawah:
Sumbangan melalui :
Kaunter Pusat Islam/ QR Pay
Transfer Online : CIMB (98945110502000)
Give2UKM Scan Qr Code atau tekan link:
Masjid UKM: https://www.ukm.my/pusatislam/sedekah_sumbangan/
Pusat Islam KKL:
Untuk maklumat lanjut hubungi kami di talian: 03-8921 5404