KELULUSAN AGIHAN ZAKAT UKM (DISEMBER 2021 – FEBRUARI 2022)

Mesyuarat Jawatankuasa Agihan Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia (JAZUKM) Bil.1/ 2022 yang telah bersidang pada 26 Februari 2022 telah memuktamadkan agihan zakat yang diluluskan bagi tempoh sepanjang Disember 2021 sehingga Januari 2022 serta meluluskan permohonan bantuan zakat (Januari – Februari) kepada asnaf warga universiti berdasarkan perincian dibawah: (Rujuk poster)

Agihan pada kali ini melibatkan sebanyak 8 jenis bantuan sepertimana perincian berikut:

1. Bantuan Umum Pelajaran (Yuran & Sara hidup)
2. Insentif Kecemerlangan
3. Bantuan Sokongan Pengajian
4. Bantuan Khas Pelajar Baharu
5. Bantuan Mobiliti
6. Bantuan Zakat Warga UKM (Kes Khas) Perubatan & Sara Hidup
7. Bantuan Musibah
8. Bantuan Zakat Program Warga

Walaubagaimanapun, terdapat lebih 32 jenis bantuan disediakan oleh Zakat Universiti untuk membantu warga UKM yang memerlukan. JAZUKM komited untuk memberikan komitmen dalam memastikan agihan zakat dapat dilaksanakan sebaiknya.

🙌TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT UKM🙌