KELULUSAN AGIHAN ZAKAT UKM (OKTOBER 2022 – JANUARI 2023)
Mesyuarat Jawatankuasa Agihan Zakat UKM (JAZUKM) Bil.1/2023 yang bersidang pada 7 Februari 2023 telah memuktamadkan agihan zakat yang diluluskan bagi tempoh sepanjang Oktober
sehingga Disember 2022 serta meluluskan permohonan bantuan zakat bagi tempoh Januari 2023 berjumlah RM1,751,816.63 kepada 2,042 orang asnaf warga universiti yang layak dan 13 program telah dianjurkan.
Agihan bagi tempoh Oktober 2022 – Januari 2023 telah melibatkan 15 jenis bantuan.
Walau bagaimanapun, terdapat lebih 23 jenis bantuan disediakan oleh Zakat Universiti untuk membantu asnaf warga UKM yang memerlukan. JAZUKM komited untuk memberikan komitmen dalam memastikan agihan zakat dapat dilaksanakan sebaiknya.
𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐔𝐊𝐌