klinik bergerak-Menormalisasikan kesihatan Mental
Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera,
Sekumpulan pelajar Sarjana dari GSB-UKM sedang mengadakan satu projek berbentuk tanggungjawab sosial (CSR) dinamakan Program Happiness:It is ok not to be ok
Projek ini bertujuan utk memberi kesedaran berkenaan kesihatan mental dikalangan pelajar dan warga kerja UKM.
Projek ini juga dijalankan dengan kerjasama Pusat Psikologi dan perkembangan, Fakulti Sains Sosial dan kemanusiaan (FSSK) bagi mengendalikan isu/krisis kesihatan mental secara professional.
Satu klinik bergerak-Menormalisasikan kesihatan Mental ke lokasi dan tarikh berikut akan diadakan sebagai usaha untuk mendekati warga UKM.
Dijemput kepada semua pelajar/warga kerja UKM untuk bersama menyokong program ini.
Soal selidik ringkas akan diadakan dan penilaian pantas tentang tahap kesihatan mental masing2 dapat diperolehi di Klinik bergerak kami.
“Temui kami untuk ketahui cara mengendalikan perasaan dan tekanan dalam diri anda”.