Pertandingan Bacaan Sirah Nabi (Syarat & Pendaftaran)

Pertandingan Bacaan Sirah Nabi

(Syarat & Pendaftaran)

Assalamua’laikum w.b.t.

Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Baca Sirah. Syarat dan terma pertandingan adalah seperti berikut:

TEMA DAN KANDUNGAN

  • Setiap peserta mesti memilih mana-mana bahagian di dalam kitab Sirah ‘al-Rahiq al-Makhtum’.

KELAYAKAN

  • Terbuka kepada warga UKM sahaja (Kakitangan/pelajar).
  • Peserta hanya boleh menghantar satu karya sahaja.

ETIKA BERKARYA

  • Masa bacaan sirah adalah selama seminit mengikut kreativiti masing-masing.

PENYERTAAN

  • Penganjur tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
  • Penyertaan adalah secara individu.
  • Penyertaan mestilah dimuat naik di laman Instagram masing-masing dan digunakan tanda pagar #ukmmaulid2023,#masjidukm,#pusatislamukm dan perlu tagging @pusatislamukm beserta tajuk bacaan sirah Nabi.
  • Peserta juga perlu memasukkan hasil karya ke drive yang telah disediakan.
  • Peserta mesti ikut (follow) @pusatislamukm dan tag 3 orang rakan Instagram.
  • Peserta perlu mengisi borang pendaftaran dan memastikan akaun facebook dalam tetapan umum (public).
  • Peserta perlu sertai group Whatsapp untuk maklumat terkini pertandingan.

PENGUMUMAN PEMENANG

  • Keputusan juri adalah muktamad.

HAK MENGGUNA

  • Hasil karya yang dihantar akan menjadi hak milik mutlak Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Peserta tidak dibenarkan untuk memperniaga hasil karya untuk apa-apa tujuan setelah karya dihantar kepada pihak penganjur.
  • Setiap penyertaan yang diterima tidak akan dikembalikan dan hasil karya yang telah dihantar untuk penyertaan kepada pihak penganjur tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan yang lain.

PENAFIAN

  • Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.
  • Pihak penganjur mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati poster yang dihantar adalah tidak asli, diplagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.
  • Pihak penganjur juga boleh mengambil tindakan terhadap peserta bagi kesalahan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh peserta atas dakwaan hasil karya tiruan.
  • Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas hasil karya yang dipertandingkan sekiranya hasil karya tersebut terlibat dalam apa-apa masalah perundangan.
  • Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta mengakui dan membuat representasi bahawa setiap elemen di dalam hasil karya tersebut tidak melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga dan/atau apa-apa undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.
  • Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta bersetuju membebaskan pihak penganjur dari apa-apa tindakan undang-undang yang disebabkan oleh hasil karya tersebut.

PINDAAN TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

  • Pihak penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat pertandingan ini pada bila-bila masa, sekiranya difikirkan patut dan perlu.
  • Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi – 03 8921 4225.