Pertandingan Hafazan Al-Quran (Syarat & Pendaftaran)

Pertandingan Hafazan Al-Quran

(Syarat & Pendaftaran)

Assalamua’laikum w.b.t.

Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Hafazan Al-Quran. Syarat dan terma pertandingan adalah seperti berikut:

TEMA DAN KANDUNGAN

  • Bebas.

KELAYAKAN

  • Terbuka kepada pelajar UKM sahaja.

ETIKA BERKARYA

  • Surah-surah Wajib
    • Surah An-Nas hingga Ad-Dhuha
  • Surah-Surah Pilihan :
    • Surah As- Sajadah
    • Surah Al-Waqiah
    • Surah Yassin
    • Surah Al- Mulk
    • Surah Ad-Dukhan
    • Surah Al-Jumuah
    • Surah Al-Insan
  • Undian peserta akan dilakukan sewaktu pendaftaran hari pertandingan.
  • Setiap peserta dikehendaki membaca secara hafazan yang telah diundi berpandukan arahan Juri.
  • Setiap peserta yang gagal menjawab semua soalan yang dikemukakan oleh juri,maka dianggap
    tidak berjaya.
  • Peserta dikehendaki mempersembahkan bacaan hafazannya mulai dari surah-surah yang
    dikemukakan dalam tempoh masa tertentu dengan mengambil kira:

    • Kelancaran Hafazan 60 %
    • Tajwid 20 %
    • Fasohah 10 %
    • Suara 10 %
  • Peserta perempuan yang menyertai pertandingan ini hendaklah dalam keadaan tidak uzur syarie
    semasa ujian dijalankan kepadanya.
  • Peserta yang gagal memenuhi syarat-syarat di atas berhak dibatalkan penyertaannya.

PENYERTAAN

  • Penganjur tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
  • Pertandingan terbahagi kepada dua kategori
    • Lelaki
    • Perempuan
  • Pertandingan akan terbahagi kepada dua peringkat :
    • Peringkat Saringan
      • Peserta hendaklah menghantar video hafazan Surah Al- Mulk ke drive.
    • Peringkat Akhir
      • Hanya lima(5) orang sahaja dari setiap kategori layak ke peringkat akhir.
  • Penyertaan adalah secara individu.
  • Peserta perlu mengisi borang pendaftaran
  • Peserta perlu sertai group Whatsapp untuk maklumat terkini pertandingan.

PENGUMUMAN PEMENANG

  • Keputusan juri adalah muktamad.

HAK MENGGUNA

  • Hasil karya yang dihantar akan menjadi hak milik mutlak Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Peserta tidak dibenarkan untuk memperniaga hasil karya untuk apa-apa tujuan setelah karya dihantar kepada pihak penganjur.
  • Setiap penyertaan yang diterima tidak akan dikembalikan dan hasil karya yang telah dihantar untuk penyertaan kepada pihak penganjur tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan yang lain.

PENAFIAN

  • Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.
  • Pihak penganjur mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati poster yang dihantar adalah tidak asli, diplagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.
  • Pihak penganjur juga boleh mengambil tindakan terhadap peserta bagi kesalahan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh peserta atas dakwaan hasil karya tiruan.
  • Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas hasil karya yang dipertandingkan sekiranya hasil karya tersebut terlibat dalam apa-apa masalah perundangan.
  • Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta mengakui dan membuat representasi bahawa setiap elemen di dalam hasil karya tersebut tidak melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga dan/atau apa-apa undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.
  • Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta bersetuju membebaskan pihak penganjur dari apa-apa tindakan undang-undang yang disebabkan oleh hasil karya tersebut.

PINDAAN TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

  • Pihak penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat pertandingan ini pada bila-bila masa, sekiranya difikirkan patut dan perlu.
  • Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi – 03 8921 5404.