Pertandingan Khat (Syarat & Pendaftaran)
Pertandingan Khat
(Syarat & Pendaftaran)
Assalamua’laikum w.b.t.
Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Khat. Syarat dan terma pertandingan adalah seperti berikut:
TEMA DAN KANDUNGAN
- Peserta boleh memilih mana-mana jenis khat
- Nasakh
- Thuluth
- Riq’ah
- Diwani
- Kufi
KELAYAKAN
- Terbuka kepada pelajar UKM sahaja.
ETIKA BERKARYA
- Semua peralatan menulis khat hendaklah dibawa sendiri oleh peserta.
- Pihak urusetia hanya menyediakan kertas lukisan dan ayat untuk penghasilan karya khat sahaja.
- Masa diberikan adalah selama 2 jam. Dimana bermula pada jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
- Pakaian peserta hendaklah menutup aurat dan mengikut kesesuaian.
PENYERTAAN
- Penganjur tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
- Penyertaan adalah secara individu.
- Peserta perlu mengisi borang pendaftaran.
- Peserta perlu sertai group Whatsapp untuk maklumat terkini pertandingan.
PENGUMUMAN PEMENANG
- Keputusan juri adalah muktamad.
HAK MENGGUNA
- Hasil karya yang dihantar akan menjadi hak milik mutlak Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Peserta tidak dibenarkan untuk memperniaga hasil karya untuk apa-apa tujuan setelah karya dihantar kepada pihak penganjur.
- Setiap penyertaan yang diterima tidak akan dikembalikan dan hasil karya yang telah dihantar untuk penyertaan kepada pihak penganjur tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan yang lain.
PENAFIAN
- Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.
- Pihak penganjur mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati poster yang dihantar adalah tidak asli, diplagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.
- Pihak penganjur juga boleh mengambil tindakan terhadap peserta bagi kesalahan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh peserta atas dakwaan hasil karya tiruan.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas hasil karya yang dipertandingkan sekiranya hasil karya tersebut terlibat dalam apa-apa masalah perundangan.
- Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta mengakui dan membuat representasi bahawa setiap elemen di dalam hasil karya tersebut tidak melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga dan/atau apa-apa undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.
- Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta bersetuju membebaskan pihak penganjur dari apa-apa tindakan undang-undang yang disebabkan oleh hasil karya tersebut.
PINDAAN TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
- Pihak penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat pertandingan ini pada bila-bila masa, sekiranya difikirkan patut dan perlu.
- Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi – 03 8921 5404.