Pertandingan Nasyid (Syarat & Pendaftaran)

Pertandingan Nasyid

(Syarat & Pendaftaran)

Assalamua’laikum w.b.t.

Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Nasyid. Syarat dan terma pertandingan adalah seperti berikut:

TEMA DAN KANDUNGAN

  • Setiap kumpulan diwajibkan untuk menyampaikan lirik dan lagu yang bertemakan PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI.
  • Senikata lagu hendaklah disampaikan secara pilihan berikut :
    • Gabungan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
    • Gabungan Bahasa Arab & Bahasa Inggeris
    • Gabungan Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
  • Sebarang penggunaan alatan muzik tidak dibenarkan dan hanya minus one sahaja dibenarkan. Audio minus one perlu dihantar dalam format mp3 dan dihantar melalui drive.

KELAYAKAN

  • Terbuka kepada kolej kediaman UKM sahaja (pelajar).
  • Setiap kolej hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja.
  • Setiap kumpulan yang menyertai pertandingan ini mestilah terdiri sekurang-kurangnya 4 orang ahli berkumpulan dan maksimum 8 orang ahli sahaja dan setiap ahli kumpulan dimestikan berada di atas pentas sepanjang persembahan.
  • Menyampaikan lagu nasyid moden. Lagu nasyid moden tetapi tidak termasuk rentak seperti rock, heavy metal, jaz dan rap.

ETIKA BERKARYA

  • Senikata dan lagu hendaklah tidak berunsurkan sebarang konsep pemujaan sesama manusia/makhluk malah bertujuan menghina mana-mana agama atau bangsa di Malaysia atau memperlihatkan sokongan terhadap individu/organisasi di Malaysia/Luar Negara.
  • Pakaian hendaklah bersesuaian dengan nilai-nilai Islam serta menutup aurat.
  • Peserta akan dinilai dengan pemarkahan berikut:
    • Vokal 60 %
    • Persembahan & Kreativiti 30 %
    • Busana 10 %

PENYERTAAN

  • Penganjur tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
  • Peserta mesti ikut serta (follow) @pusatislamukm dan tag minimum 3 orang rakan tik tok.
  • Peserta perlu mengisi borang pendaftaran dan memastikan akaun facebook dalam tetapan umum (public).
  • Peserta perlui sertai group Whatsapp untuk maklumat terkini pertandingan.

PENGUMUMAN PEMENANG

  • Keputusan juri adalah muktamad.

HAK MENGGUNA

  • Hasil karya yang dihantar akan menjadi hak milik mutlak Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Peserta tidak dibenarkan untuk memperniaga hasil karya untuk apa-apa tujuan setelah karya dihantar kepada pihak penganjur.
  • Setiap penyertaan yang diterima tidak akan dikembalikan dan hasil karya yang telah dihantar untuk penyertaan kepada pihak penganjur tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan yang lain.

PENAFIAN

  • Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.
  • Pihak penganjur mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati poster yang dihantar adalah tidak asli, diplagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.
  • Pihak penganjur juga boleh mengambil tindakan terhadap peserta bagi kesalahan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh peserta atas dakwaan hasil karya tiruan.
  • Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas hasil karya yang dipertandingkan sekiranya hasil karya tersebut terlibat dalam apa-apa masalah perundangan.
  • Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta mengakui dan membuat representasi bahawa setiap elemen di dalam hasil karya tersebut tidak melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga dan/atau apa-apa undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.
  • Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta bersetuju membebaskan pihak penganjur dari apa-apa tindakan undang-undang yang disebabkan oleh hasil karya tersebut.

PINDAAN TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

  • Pihak penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat pertandingan ini pada bila-bila masa, sekiranya difikirkan patut dan perlu.
  • Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi – 03 8921 5404 atau 012-356 0489.