Pertandingan Poster Infografik (Syarat & Pendaftaran)
Pertandingan Poster Infografik
(Syarat & Pendaftaran)
Assalamua’laikum w.b.t.
Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Poster Infografik. Syarat dan terma pertandingan adalah seperti berikut:
TEMA DAN KANDUNGAN
- Tema pertandingan ialah PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI.
- Peserta boleh memilih Subtema berikut:
- Kemanusiaan.
- Kesatuan.
- Ummah.
- Pendidikan.
- Alam.
- Ilmu.
- Penilaian akan dibuat daripada aspek:
- Illustrasi / Grafik.
- Maklumat.
- Kreativiti Persembahan dan layout
- Poster boleh mengandungi:
- Illustrasi.
- Grafik.
- Gambar foto.
- Ayat al-Quran dan terjemahannya.
- Hadith dan terjemahannya.
- Kata-kata Para Ulama dan Sarjana Muslim.
- Fakta-fakta lain yang diperakui kebenarannya dan mempunyai kaitan dengan al-Quran al-Karim.
KELAYAKAN
- Terbuka kepada warga UKM sahaja (Kakitangan/pelajar).
- Peserta hanya boleh menghantar satu karya sahaja.
- Poster infografik boleh dihasilkan secara individu.
ETIKA BERKARYA
- Peserta mestilah memastikan hasil karya menghormati keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Panel juri berhak untuk menyingkir sesuatu hasil karya yang berunsur provokasi, politik, atau menyentuh sensitiviti sesuatu kaum, agama dan fahaman.
PENYERTAAN
- Penganjur tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini
- Kandungan poster infografik adalah bebas mengikut kreativiti sendiri dan perlu menepati tema yang ditetapkan.
- Hasil karya hendaklah dihantar dengan dimuat naik ke halaman Facebook masing-masing dan digunakan tanda pagar #ukmmaulid2023,#masjidukm,#pusatislamukm dan perlu tagging @pusatislamukm beserta tajuk Poster Infografik.
- Peserta juga perlu memasukkan hasil karya ke drive yang telah disediakan.
- Saiz dan dimensi hasil karya beresolusi tinggi (final artwork).
- Saiz : 1080 x 1350px.
- Resolusi : 300 dpi ke atas.
- Orientasi: Bebas.
- Peserta mesti ikut serta (follow) @pusatislamukm dan tag minimum 3 orang rakan tik tok.
- Peserta perlu mengisi borang pendaftaran dan memastikan akaun facebook dalam tetapan umum (public).
- Peserta perlui sertai group Whatsapp untuk maklumat terkini pertandingan.
PENGUMUMAN PEMENANG
- Keputusan juri adalah muktamad.
HAK MENGGUNA
- Hasil karya yang dihantar akan menjadi hak milik mutlak Universiti Kebangsaan Malaysia.
- Peserta tidak dibenarkan untuk memperniaga hasil karya untuk apa-apa tujuan setelah karya dihantar kepada pihak penganjur.
- Setiap penyertaan yang diterima tidak akan dikembalikan dan hasil karya yang telah dihantar untuk penyertaan kepada pihak penganjur tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan yang lain.
PENAFIAN
- Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.
- Pihak penganjur mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati poster yang dihantar adalah tidak asli, diplagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.
- Pihak penganjur juga boleh mengambil tindakan terhadap peserta bagi kesalahan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh peserta atas dakwaan hasil karya tiruan.
- Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas hasil karya yang dipertandingkan sekiranya hasil karya tersebut terlibat dalam apa-apa masalah perundangan.
- Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta mengakui dan membuat representasi bahawa setiap elemen di dalam hasil karya tersebut tidak melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga dan/atau apa-apa undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.
- Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta bersetuju membebaskan pihak penganjur dari apa-apa tindakan undang-undang yang disebabkan oleh hasil karya tersebut.
PINDAAN TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
- Pihak penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat pertandingan ini pada bila-bila masa, sekiranya difikirkan patut dan perlu.
- Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi – 03 8921 4613.