Pertandingan TikTok (Syarat & Pendaftaran)

Pertandingan TikTok

(Syarat & Pendaftaran)

Assalamua’laikum w.b.t.

Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan TikTok Cinta Rasul. Syarat dan terma pertandingan adalah seperti berikut:

TEMA DAN KANDUNGAN

  • Tema pertandingan ialah PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI.
  • Penilaian akan dibuat daripada aspek:
    • Illustrasi / Grafik.
    • Maklumat.
    • Kreativiti Persembahan dan layout.
  • Poster boleh mengandungi:
    • Illustrasi.
    • Grafik.
    • Gambar Foto.
    • Ayat al-quran dan Terjemahan.
    • Kata-kata ulama dan sarjana Muslim.
    • Fakta-fakta lain yang diperakui kebenarannya.

KELAYAKAN

  • Terbuka kepada warga UKM sahaja (Kakitangan/pelajar).
  • Peserta dibenarkan memuatnaik seberapa banyak video tiktok mengikut kreativiti masing-masing namun hanya satu video sahaja yang boleh menerima hadiah sekiranya layak.

MEDIA

  • Peserta akan menggunakan sepenuhnya karya digital.
  • Bahasa pengantara :
    • Bahasa yang digunakan di dalam karya mestilah Bahasa Melayu.
    • Video mestilah karya asli sendiri dan tidak melanggar hak-hak pihak ketiga.
  • Kaedah penghantaran video adalah dengan menyertakan pautan video tiktok dalam borang penyertaan.

ETIKA BERKARYA

  • Peserta mestilah memastikan hasil karya menghormati keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Panel juri berhak untuk menyingkir sesuatu hasil karya yang berunsur provokasi, politik, atau menyentuh sensitiviti sesuatu kaum, agama dan fahaman.

PENYERTAAN

  • Penganjur tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
  • Peserta perlu menghasilkan video tik tok berdurasi minimum 30 saat dan maksimun 3 minit dan memuat naik video dengan tetapan umum menggunakan akaun tik tok masing-masing.
  • Setiap penyertaan mestilah menyatakan sumber ambilan.
  • Pastikan video boleh dimuat turun oleh penganjur.
  • Hasil karya hendaklah dihantar dengan dimuat naik ke halaman Facebook masing-masing dan digunakan tanda pagar #ukmmaulid2023,#masjidukm,#pusatislamukm dan perlu tagging @pusatislamukm beserta tajuk Pertandingan TikTok Cinta Rasul.
  • Peserta juga perlu memasukkan hasil karya ke drive yang telah disediakan.
  • Peserta mesti ikut serta (follow) @pusatislamukm dan tag minimum 3 orang rakan tik tok.
  • Peserta perlu mengisi borang pendaftaran dan memastikan akaun facebook dalam tetapan umum (public).
  • Peserta perlu sertai group Whatsapp untuk maklumat terkini pertandingan.

PENGUMUMAN PEMENANG

  • Keputusan juri adalah muktamad.

HAK MENGGUNA

  • Hasil karya yang dihantar akan menjadi hak milik mutlak Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Peserta tidak dibenarkan untuk memperniaga hasil karya untuk apa-apa tujuan setelah karya dihantar kepada pihak penganjur.
  • Setiap penyertaan yang diterima tidak akan dikembalikan dan hasil karya yang telah dihantar untuk penyertaan kepada pihak penganjur tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan yang lain.

PENAFIAN

  • Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.
  • Pihak penganjur mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati poster yang dihantar adalah tidak asli, diplagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.
  • Pihak penganjur juga boleh mengambil tindakan terhadap peserta bagi kesalahan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh peserta atas dakwaan hasil karya tiruan.
  • Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas hasil karya yang dipertandingkan sekiranya hasil karya tersebut terlibat dalam apa-apa masalah perundangan.
  • Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta mengakui dan membuat representasi bahawa setiap elemen di dalam hasil karya tersebut tidak melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga dan/atau apa-apa undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.
  • Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta bersetuju membebaskan pihak penganjur dari apa-apa tindakan undang-undang yang disebabkan oleh hasil karya tersebut.

PINDAAN TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

  • Pihak penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat pertandingan ini pada bila-bila masa, sekiranya difikirkan patut dan perlu.
  • Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi – 03 8921 5404.