Pertandingan Tilawah Al-Quran (Syarat & Pendaftaran)

Pertandingan Tilawah Al-Quran

(Syarat & Pendaftaran)

Assalamua’laikum w.b.t.

Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Tilawah Al-Quran. Syarat dan terma pertandingan adalah seperti berikut:

TEMA DAN KANDUNGAN

  • Bebas.

KELAYAKAN

  • Terbuka kepada pelajar UKM sahaja.

ETIKA BERKARYA

  • Surah-Surah Pilihan :
    • Surah al-Baqarah : ayat 44
    • Surah al-Baqarah : ayat 114
    • Surah al-Baqarah : ayat 142
    • Surah Ali Imran : ayat 102
    • Surah Al-Maidah : ayat 97
    • Surah Al-Anfal : ayat 45
    • Surah Al-Anfal : ayat 70
    • Surah An-Nisa: ayat 100
    • Surah Al-Taubah: ayat 18
    • Surah Al-`Aaraf : ayat 65
    • Surah Al-Nahl : ayat 68
    • Surah An-Nur: ayat 35
    • Surah Al-Isra : ayat 70
    • Surah Maryam : ayat 12
    • Surah al-Dukhan: ayat 1
  • Undian peserta akan dilakukan sewaktu pendaftaran hari pertandingan.
  • Setiap peserta dikehendaki membaca surah-surah yang telah dipilih semasa pengundian dijalankan.
  • Peserta dikehendaki mempersembahkan bacaan secara bertaranum dalam masa 8 minit dengan membawa sekurang-kurangnya tiga (3) lagu.
  • Peserta akan dinilai dengan pemarkahan berikut:
    • Tajwid 35 %
    • Tarannum 25 %
    • Fasohah 20 %
    • Suara 20 %
  • Peserta perempuan yang menyertai pertandingan ini hendaklah dalam keadaan tidak uzur syarie
    semasa ujian dijalankan kepadanya.
  • Peserta yang gagal memenuhi syarat-syarat di atas berhak dibatalkan penyertaannya.

PENYERTAAN

  • Penganjur tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
  • Pertandingan terbahagi kepada dua kategori
    • Lelaki
    • Perempuan
  • Pertandingan akan terbahagi kepada dua peringkat :
    • Peringkat Saringan
      • Peserta hendaklah menghantar video bacaan mana-mana ayat dari Al-Quran secara bertaranum ke drive pada atau sebelum 05.00 petang, 22 Oktober 2023.
    • Peringkat Akhir
      • Hanya lima(5) orang sahaja dari setiap kategori layak ke peringkat akhir.
  • Penyertaan adalah secara individu.
  • Peserta perlu mengisi borang pendaftaran.
  • Peserta perlu sertai group Whatsapp untuk maklumat terkini pertandingan.

PENGUMUMAN PEMENANG

  • Keputusan juri adalah muktamad.

HAK MENGGUNA

  • Hasil karya yang dihantar akan menjadi hak milik mutlak Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Peserta tidak dibenarkan untuk memperniaga hasil karya untuk apa-apa tujuan setelah karya dihantar kepada pihak penganjur.
  • Setiap penyertaan yang diterima tidak akan dikembalikan dan hasil karya yang telah dihantar untuk penyertaan kepada pihak penganjur tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan yang lain.

PENAFIAN

  • Pihak penganjur tidak bertanggungjawab dalam apa jua keadaan sekiranya peserta didapati melakukan kesalahan plagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.
  • Pihak penganjur mempunyai hak untuk menggugurkan penyertaan atau menarik balik hadiah yang telah dimenangi sekiranya didapati poster yang dihantar adalah tidak asli, diplagiat atau melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga.
  • Pihak penganjur juga boleh mengambil tindakan terhadap peserta bagi kesalahan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang dialami oleh peserta atas dakwaan hasil karya tiruan.
  • Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas hasil karya yang dipertandingkan sekiranya hasil karya tersebut terlibat dalam apa-apa masalah perundangan.
  • Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta mengakui dan membuat representasi bahawa setiap elemen di dalam hasil karya tersebut tidak melanggar hakcipta mana-mana pihak ketiga dan/atau apa-apa undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.
  • Dengan penyerahan hasil karya kepada pihak penganjur, peserta bersetuju membebaskan pihak penganjur dari apa-apa tindakan undang-undang yang disebabkan oleh hasil karya tersebut.

PINDAAN TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN

  • Pihak penganjur berhak untuk meminda terma dan syarat pertandingan ini pada bila-bila masa, sekiranya difikirkan patut dan perlu.
  • Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi – 03 8921 5404.