SALAM 1 REJAB 1443H | 3 FEBRUARI 2022

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ (وَبَلِّغْنَا) لَنَا فِي رَمَضَانَ

Maksudnya: “Ya Allah, Kau berkahilah kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan Kau berkatikanlah (pertemukan kami dengan bulan Ramadan) kepada kami pada bulan Ramadan”.
Antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Rejab ini adalah dan amalan-amalan ini bersifat umam adalah:
-Berpuasa
-Memperbanyakkan bersedekah
-Memperbanyakkan membaca al-Qur’an
-Memperbanyakkan berzikir
-Memperbanyakkan solat-solat sunat

————————————————————————–
Cerapan Hilal Rejab di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program cerapan ini disertai oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Wilayah Persekutuan KL & Putrajaya. Antara tujuan cerapan ini dilakukan adalah bagi menentukan permulaan awal bulan bagi Rejab 1443H. Alhamdulillah, hilal (Anak Bulan) Rejab 1443H telah kelihatan pada jam 7.31 petang. Peralatan yang digunakan semasa proses cerapan ini berlangsung adalah seperti peralatan ukur (Total Station) dan kamera (Compact Digital Camera).

Baca lanjut: Kelebihan Bulan Rejab. https://muftiwp.gov.my/…/888-tahqiq-masail-siri-ke-3