SALAM TAKZIAH & SEMOGA DIBERIKAN KESEMBUHAN

21 September 2022- Bahagian Zakat UKM berkesempatan menziarahi pelajar Muhammad Ammar Bin Muhammad Subri di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat ditimpa kemalangan jalan raya.
Terdahulu, telah diluluskan bantuan zakat perubatan untuk kos pembedahan pelajar dan turut diberikan sumbangan kepada keluarga pelajar bagi menampung kos perbelanjaan di sini.
Didoakan semoga pelajar diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan.