SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BERSAMAAN 10 ZULHIJAH 1444H/ 29 JUN 2023

Assalamualaikum w.b.t

Pusat Islam UKM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada Seluruh Umat Islam, Khususnya kepada Warga UKM & Mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia.

Merujuk kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mu’minin A’isyah R.Anha, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”

📖Riwayat al-Tirmizi (1493)