Taklimat: Kempen Jom Taksir Zakat Anda

Jumaat 22 Julai 2022 :

Satu taklimat khas bersempena Kempen Jom Taksir Zakat Anda diadakan bersama kakitangan Fakulti Sains Teknologi Kampus Bangi. Kakitangan yang hadir telah diberi penerangan berkaitan Aplikasi Sistem Zakat untuk membuat taksiran zakat serta menyemak penyata Bayaran Zakat melalui aplikasi atas talian tersebut. Setiap kakitangan menerima baucar pembelian KFC dan botol minuman Zakat UKM.