TAMBAHAN KEMUDAHAN FASILITI
Alhamdulillah Pusat Islam UKM berbesar hati menyediakan kemudahan meja & kerusi di sekitar kawasan perkarangan masjid Universiti untuk kegunaan mahasiswa dan orang ramai. Selain itu terdapat juga kemudahan kipas di kawasan sekitar masjid bagi memudahkan mahasiswa melakukan aktiviti pembelajaran dan ulang kaji. Justeru pihak masjid turut menyediakan minuman percuma setiap hari.
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya jamalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
Riwayat Muslim (1631), al-Nasa’i (3651), al-Tirmizi (1376) dan Abu Daud (2880)