ZAKAT UKM DI IKTIRAF PENGURUSAN TERBAIK ZAKAT IPT NEGERI SELANGOR TAHUN 2021
Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengiktiraf Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai IPT terbaik di Negeri Selangor dalam Pengurusan zakat dan Komitmen bagi tahun 2021. Pengiktarafan ini dibuat dalam Majlis Liqa’ 2022 Ejen Kutipan Zakat anjuran Lembaga Zakat Selangor di Dewan Orkid Wisma PKPS Shah Alam pada 21 Jun 2022.
Penyampaian Anugerah Prestasi Komitmen dan Pengurusan Terbaik 2021 bagi kategori Penolong Amil IPT ini disampaikan oleh Encik Mohd Sabirin Mohd Sarbini selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LZS dan UKM diwakil oleh Encik Muhammad Tajuddin Abdul Rahim Ketua Pentadbiran merangkap Ketua Bahagian Zakat Pusat Islam.
Anugerah ini merupakan pengiktirafan dan penghargaan LZS kepada UKM atas usaha cemerlang dalam membentuk pengurusan zakat terbaik di antara 17 IPT di seluruh Negeri Selangor.
Pengiktirafan merupakan kali ke-3 yang diterima oleh UKM iaitu sebelumnya pada tahun 2014 dan 2015 yang lepas. Dengan pengiktirafan menjadikan Zakat Universiti akan terus berusaha dan bertekad dalam menjanjikan kecemerlangan menyantuni asnaf UKM.
Tahniah Bahagian Zakat, Pusat Islam UKM Tabung Amanah Zakat UKM