BORANG PERKHIDMATAN HAL EHWAL ISLAM PUSAT ISLAM KAMPUS KUALA LUMPUR (BOHMI01/2023-1)
BORANG PERKHIDMATAN HAL EHWAL ISLAM :https://forms.gle/z2HnA7CxQbrvAt2L7
PENGENALAN
Pusat Islam KKL berfungsi untuk menguruskan segala aktiviti-aktiviti kerohanian dan hal-ehwal islam di kampus Cheras untuk kakitangan, pesakit dan pelajar serta menguruskan pentadbiran surau Pusat Perubatan UKM.
OBJEKTIF PENUBUHAN
- Menjadi penggerak aktiviti keagamaan serta penyebaran dakwah Islamiah.
- Memberi bimbingan dan pendidikan kepada warga UKM Kampus Cheras dan masyarakat sekitar ke arah pembentukan keperibadian Islam yang sempurna.
- Menjana sakhsiah melalui penerapan nilai-nilai murni berteraskan ajaran yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah.
- Memperkasa penyebaran ilmu dan kefahaman Islam melalui program akademik dan bukan akademik yang berkualiti.
- Mewujudkan hubungan dengan pesakit melalui jaringan Hospital Mesra Ibadah.
FUNGSI
- Menjalankan aktiviti dan program kearah mempertingkatkan syiar Islam.
- Menjadi tempat rujukan bagi perkembangan dakwah dan isu-isu islam semasa warga Kampus.
- Menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan keagamaan kepada pesakit, ahli keluarga dan warga kampus.
- Membantu pihak hospital bagi mengubati para pesakit dari sudut kerohanian.
BENTUK PERKHIDMATAN
- Khidmat nasihat keagamaan.
- Khidmat bimbingan ibadah.
- Khidmat tazkirah / ceramah.
- Khidmat bacaan yasin, tahlil dan doa selamat.
- Khidmat bacaan doa majlis rasmi.
- Khidmat solat hajat.
- Khidmat azan dan iqamah kepada bayi yang baru lahir.
- Khidmat ziarah pesakit.
- Khidmat bacaan doa ruqyah.
- Khidmat terapi syar’ie.
BAYARAN PERKHIDMATAN
Tiada bayaran yang ditetapkan. Sumbangan kewangan dialu-alukan dan boleh diberi melalui tabung Pusat Islam yang disediakan di Pejabat Pusat Islam.
MASA PERKHIDMATAN
Masa perkhidmatan bergantung kepada kelapangan masa pegawai terlibat dan ditentukan semasa temujanji. Temujanji boleh dibuat dengan mengisi borang yang disediakan, menghubungi pegawai kami atau dirujuk oleh doktor HCTM.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH DIHUBUNGI
Pejabat Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur: 03-9145 6873