Latar belakang
Program Kembara Siswa Patriotik merupakan acara tahunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai langkah ke arah memupuk, menggalakkan mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) cintakan negara serta memelihara semangat perpaduan.
Program Kembara Siswa Patriotik terkini telah dianjurkan pada tahun 2019 dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan berlangsung dua fasa iaitu Jelajah Siswa Patriotik selama 3 hari 2 malam mulai 21 hingga 23 Ogos 2019 dan Kemuncak Kembara Siswa Patriotik pada 7 September 2019 di USM.
Program Kembara Siswa pada tahun lepas terpaksa ditunda berikutan situasi penularan COVID-19 di negara dan digantikan dengan pengisian 20 program berunsur patriotisme dan perpaduan nasional di semua UA.
Program Kembara Siswa 2021 telah mendapat kelulusan di peringkat JPT pada 4 Mei 2021 untuk dijalankan pada tahun ini berdasarkan norma baharu iaitu secara dalam talian dan hybrid berikutan penularan COVID-19.