Latihan Kawad Kebakaran Pusat Kesihatan Universiti 2019

Pada 31 Julai 2019, Pusat Kesihatan Universiti telah menjalankan Latihan Kawad Kebakaran. Ini merupakan kali ketiga PKUKM menjalankan latihan tersebut. Selain daripada PKUKM, agensi lain yang terlibat adalah pasukan Bomba & Penyelamat Bandar Baru Bangi, ROSH-UKM dan Unit Keselamatan UKM. Latihan ini adalah sebahagian daripada syarat bagi PKUKM mendapatkan persijilan ISO. Selain daripada itu, tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran akan situasi kebakaran dan apa yang perlu dilakukan oleh kakitangan ketika berlakunya kebakaran.

 

 

Unit Keselamatan UKM mempunyai pasukan bantu mula untuk memadam kebakaran

Kebakaran yang berlaku di Aras 1 Pusat Kesihatan Universiti cuba dipadamkan oleh Pasukan Bantu Mula Unit Keselamatan UKM

Jentera Bomba & Penyelamat Bandar Baru Bangi tiba di lokasi kejadian

Pegawai Bomba & Penyelamat memberikan taklimat kepada kakitangan

Latihan memadam kebakaran oleh Dr. Masdalina Azhari, Pengerusi JKKP Pusat Kesihatan Universiti

Latihan memadam kebakaran oleh Dr. Mohd Azman Abas, Ketua Pusat Kesihatan Universiti

Latihan memadam kebakaran oleh En. Khairul Ikhwan Mazupi, Juruteknik Perubatan (Kecemasan)

Latihan memadam kebakaran oleh Cik Syamimi Hamzah, Penolong Pegawai Perubatan