Edaran Topeng Muka Kepada Warga Universiti

17 September 2019 (Selasa)

Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ir Dr. Othman A. Karim dan Pusat Kesihatan Universiti telah mengedarkan topeng muka (face masks) kepada warga universiti terutama sekali mahasiswa UKM. Edaran ini dijalankan kerana faktor indeks pencemaran udara (IPU) di sekitar Putrajaya, Nilai dan Kampus Bangi berada diparas yang tidak sihat. Kira- kira 700 keping topeng muka telah diedarkan secara percuma kepada warga kampus di pelbagai tempat di sekitar kampus Bangi ini.

Kepada warga yang memerlukan topeng muka, anda boleh datang ke Unit Farmasi Pusat Kesihatan Universiti UKM pada Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00pg – 5.00ptg.

 

 

Berita mengenai jerebu :

  1. http://www.ukm.my/pusatkesihatan/news/haze-health-advisory/
  2. http://www.ukm.my/pusatkesihatan/news/nasihat-semasa-jerebu/
  3. http://www.ukm.my/pusatkesihatan/news/indeks-pencegahan-dan-kawalan-kesihatan-terhadap-masalah-jerebu-di-universiti/
  4. http://www.ukm.my/pusatkesihatan/news/jerebu-fenomena-pencemaran-udara/