Lawatan Kerja Pusat Kesihatan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

 

 

Lawatan yang diketuai oleh Pengarah Pusat Kesihatan UPSI, Dr. Noor Safina Ahmad Noor bersama 9 orang kakitangan adalah untuk berkongsi dan mempelajari berkaitan pemantauan premis makanan / kafeteria yang telah dijalankan di Pusat Kesihatan Universiti UKM. Pemantauan premis makanan adalah bertujuan untuk memantau kebersihan dalam proses penyediaan makanan di dalam kampus bagi memastikan warga universiti mendapat perkhidmatan penyediaan makanan yang bersih dan cemerlang.

Diharapkan lawatan kerja ini dapat membantu Pusat Kesihatan Universiti UPSI untuk mengawal premis makanan dalam proses penyediaan makanan yang terbaik dikampusnya.