Sambutan Hari Merdeka di Pusat Kesihatan

11938894_10206335061790420_134944590_n(1)

Setiap tahun sambutan Hari Kemerdekaan telah menjadi acara wajib untuk disambut bagi setiap golongan rakyat Malaysia tidak mengira peringkat umur. Namun kemeriahan sambutan itu tidak akan bermakna jika tidak dihayati erti sebenar harga kemerdekaan itu. Atas kesedaran itu, Pusat Kesihatan telah menganjurkan beberapa aktiviti serta menghias pejabatnya, bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan kakitangannya.

Selepas bertungkus lumus bersama kakitangannya membuat persediaan hiasan hari kebangsaan 2015, Ketua Pusat Kesihatan, Roslan Abdul Jalil berkata, tema #SehatiSejiwa  yang dilaungkan pada tahun ini seharusnya dihayati semua kaum agar kestabilan negara dapat dikekalkan.

“Saya berharap, semua warga UKM akan dapat memberi sepenuh komitmen dalam menjayakan program-program sempena sambutan Kemerdekaan ini,” katanya lagi.

11910711_10206335073630716_1694558843_n

11910608_10206335061870422_1548495422_n

11914208_10206335062030426_500876810_n

11908011_10206335074150729_390695655_n