AKTIVITI GOTONG ROYONG PKU 24 MEI 2023
PKU telah mengadakan aktiviti gotong-royong bagi mengemas ruang yang akan berfungsi sebagai Pusat Fisioterapi PKU. Beberapa ruang lain juga dikemaskini dan barang-barang disusun agar terlihat elok. Sebahagian staf PKU melakukan tugasan gotong-royong ini sementara yang lain kekal memberi perkhidmatan kepada pesakit-pesakit yang datang ke PKU.
Pihak Pengurusan PKU ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua kakitangan PKU atas sumbangbakti kepada perkhidmatan dan aktiviti PKU.