JEMPUTAN MENYERTAI KEMPEN CEGAH HEPATITIS B

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Kempen Cegah Hepatitis B bersempena Hari Hepatitis Sedunia 28 Julai 2023

Sehubungan itu, kami berbesar hati menjemput YBhg. Prof. Ulung/ Prof. / Tan Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk menyertai program ini seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 24 hingga 28 Julai 2023
Tempat : Ruang Legar, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UKM Bangi

Pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya ialah :

📌 Pameran Hepatitis B
Di Ruang Legar PKU

📌 Kuiz Berserta Hadiah
25 & 26 Julai 2023
10.00 pagi

📌 Sembang Santai PKU
“Kenali Hepatitis B”

Tarikh : 24 Julai 2023
Masa : 3.00 – 4.00 petang
Tempat : Aplikasi Zoom,
FB Live Pusat Kesihatan Universiti

📌 Promosi Vaksin Hepatitis B

Pakej A – 1 dos penggalak
RM28.00 (NP : RM30.00)

Pakej B – 3 dos
RM75.00 (NP : RM90.00)

Tambahan RM20.00 untuk ujian darah
(NP:25.00)

*Ujian Darah = Hepatitis B Antigen & Antibodi

Semua warga UKM dan orang awam dijemput hadir untuk memeriahkan kempen ini.