LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Pihak PKU UKM amat berbesar hati menerima kunjungan PKU UUM ke PKU UKM sebagai lawatan penanda aras pada hari Jumaat, 15 September 2023. Seramai 35 orang kakitangan PKU UUM turut serta di dalam lawatan ini. Pelbagai input mengenai prosedur perkhidmatan kesihatan dapat dikongsikan dan bertukar pendapat antara kedua-dua PKU.
Bagi pihak Pengarah PKU UKM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PKU UUM atas kesudian mengunjungi PKU UKM.